Populasi haiwan liar dunia semakin berkurangan

Data itu berdasarkan satu laporan penilaian dikeluarkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang memaparkan kemusnahan alam semula jadi akibat kegiatan manusia.
Laporan itu menampilkan data daripada 32,000 hidupan liar yang membabitkan lebih 5,000 spesies mamalia, burung, amfibia, reptilia dan ikan.
Di rantau yang kaya dengan biodiversiti seperti Amerika Latin dan Caribbean, angka kehilangan spesies haiwan adalah setinggi 94 peratus.
Pada peringkat global pula, laporan itu mendapati jumlah haiwan liar yang dipantau, berkurangan sebanyak 69 peratus sejak 1970.
Ketua Pengarah WWF International, Marco Lambertini berkata, pihaknya amat bimbang dengan laporan data baharu itu.
“Data itu menunjukkan penurunan dahsyat dalam populasi spesies hidupan liar terutamanya di kawasan tropika yang menjadi habitat kepada beberapa landskap biodiversiti paling pelbagai di dunia,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
Pengarah sains di WWF, Mark Wright pula menyifatkan angka itu ‘amat menakutkan’ terutamanya bagi Amerika Latin.
“Sudah tentu Amerika Latin terkenal dengan biodiversiti dan ia sangat penting untuk banyak perkara lain juga.
“Ia sangat penting untuk mengawal selia iklim. Kami menganggarkan ketika ini terdapat kira-kira 150 hingga 200 bilion tan karbon di hutan Amazon,” katanya.
Ia bersamaan dengan 550 hingga 740 bilion tan karbon dioksida atau 10 hingga 15 kali ganda daripada pelepasan gas rumah hijau tahunan pada kadar semasa.
Indeks itu turut mendapati spesies air tawar merosot lebih banyak berbanding yang ditemui di mana-mana habitat lain, dengan penurunan populasi spesies sebanyak 83 peratus sejak 1970.
Laporan itu juga mendapati faktor utama kehilangan hidupan liar disebabkan kemerosotan habitat akibat pembangunan dan pertanian, eksploitasi, spesies invasif, pencemaran, perubahan iklim dan jangkitan penyakit.
Sementara itu, Lambertini berkata, dunia perlu memikirkan semula amalan pertanian berbahaya dan membazir sebelum rantaian makanan global runtuh.
“Sistem makanan global bertanggungjawab terhadap 80 peratus penebangan hutan dan jika anda melihat lautan dan air tawar, ia juga mendorong stok perikanan dan spesies di habitat itu terjejas,” katanya.
Pemimpin dunia bakal bersidang di Montreal pada sidang kemuncak biodiversiti COP15 pada Disember depan.
Justeru, pengarang kajian menggesa komitmen antarabangsa untuk melindungi alam semula jadi, sama dengan Perjanjian Paris 2015 berhubung perubahan iklim.
GESA TINDAKAN SEGERA
Menurut laporan Living Planet, beberapa tindakan segera perlu diambil dalam mengurangkan krisis perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti.
“Antaranya, meningkatkan usaha pemuliharaan dan pemulihan, menghasilkan makanan lebih mampan serta menyahkarbonkan semua sektor dengan segera,” jelas laporan itu.
Laporan itu juga antara lain menggesa kerajaan menggubal dasar dengan mengambil kira nilai perkhidmatan alam semula jadi seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan air. – AFP
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir
Populasi haiwan liar dunia semakin berkurangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemimpin DAP Mencabar Kuasa Agong
- Mahathir Calon PM Untuk PH 2.0, Gabungan PH, PN Dan GTA
- Tipu muslihat Mahathir didedahkan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir