Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan

Sedia beri tunjuk ajar

Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan
Zahiril dan Shera tidak halang jika anak mereka mahu melibatkan diri dalam bidang seni.

Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan
PELAKON Zahiril Adzim tidak menghalang jika anaknya, Nadi Anaqi, 9, ingin mengikut jejak langkahnya menceburi bidang seni pada masa depan.

Zahiril atau Mohd Zahiril Adzim, 38, dan isterinya, Shera Aiyob sentiasa menyokong apa sahaja minat anak tunggal kesayangan mereka itu.

Malah, pelakon ini sedia memberi tunjuk ajar kepada Nadi untuk mencari hala tuju yang betul dalam bidang diminatinya.

“Saya tidak kisah jika Anaqi ingin menceburi bidang seni. Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi,” katanya.



Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan
Zahiril Adzim antara pelakon lelaki yang berbakat besar.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya menerima tawaran untuk Anaqi berlakon bersamanya dan Shera.

Tambahnya lagi, Shera juga masih terbabit dalam bidang lakonan selepas melahirkan anak selain menguruskan karier seninya.”Selain menjadi pengurus saya, Shera masih berlakon jika ada kelapangan dan watak bersesuaian dengannya.

“Saya selesa apabila isteri sendiri menguruskan kerjaya seni kerana senang untuk kami berbincang dan urusan kerja menjadi lebih mudah,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sementara itu, Zahiril bakal muncul dengan filem terbaharu, Siku 12: Langkah Derhaka bergandingan dengan Syafiq Kyle selaku teraju utama.



Sebagai ibu bapa, kami akan sentiasa menyokong apa yang diminati oleh Anaqi.

ZAHIRIL ADZIM

PELAKON

Dia menerima tawaran berlakon kerana tertarik dengan jalan cerita filem terbitan Power Team Entertainment Sdn Bhd itu.

“Saya sendiri berminat dengan jalan cerita yang mengangkat seni mempertahankan seni silat Siku 12.

“Pada masa sama, saya melihat senarai barisan pelakon juga bagus dan berbakat besar,” katanya.

Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan
Gandingan bersama Syafiq Kyle menerusi filem Siku 12: Langkah Derhaka.

Berkongsi cabaran, kata pelakon ini dia perlu banyak berlatih menjiwai babak pertarungan kerana tiada asas dalam seni mempertahankan diri Muay Thai mahupun seni persilatan Melayu.



“Mujur saya ada pengalaman belajar Muay Thai ketika berlakon dalam filem Bunohan. Sedikit sebanyak membantu saya di lokasi penggambaran filem Siku 12,” tambahnya.

Untuk info, filem Siku 12 turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Moon, Lobak, Tuan Asmawi Tuan Umar, Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahmad dan Bai Chot.

Filem ini akan mula ditayangkan di 66 pawagam seluruh Malaysia bermula 27 Oktober ini. Ia juga ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

Zahiril Adzim tak halang anak ceburi bidang lakonan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Enggan di patuk Ular sama di lubang sama kali ke3, Anwar tolak Kerjasama dengan Mahathir

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button