Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
PENYANYI Lesti Kejora menarik semula laporan polis berhubung dakwaan kekerasan rumah tangga yang dibuat ke atas suaminya, Rizky Billar sebaik sahaja pulang dari menunaikan umrah.
Memetik laporan Detik Hot, Lesti memaklumkan keputusan itu dibuat selepas memikirkan anak mereka yang tidak bersalah dan menjadi mangsa dalam perkara tersebut.
“Kerana anak saya, dia suami dan juga bapa kepada anak saya,” katanya.
Lesti juga memaklumkan bahawa Rizky mengakui akan kesalahan dirinya dan meminta maaf kepada kedua ibu bapanya sekali gus menyesali akan perbuatannya itu.
“Alhamdulillah sudah mengakui perbuatannya dan meminta maaf kepada saya terutamanya kepada kedua ibu bapa saya.
“Insya Allah keluarga saya, bapa dan ibu saya memaafkan perbuatan suami saya.
“Saya berharap dia tidak akan mengulangi lagi perbuatan ini,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin menyatakan terdapat beberapa hal penting dalam persetujuan pendamaian penyanyi berkenaan bersama suaminya.
“Ada beberapa isi penting dalam perjanjian mereka. Kalau Rizky melanggar peraturan tersebut, Lesti berhak membawa perkara ini ke mahkamah. Sesuai perjanjian, perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.
Terdahulu, media melaporkan Rizky telah mencekik Lesti sehingga terjatuh ke lantai selepas isterinya mengetahui dirinya berlaku curang.
Rizky Billar dan Lesti Kejora – Berita pergolakan rumah tangga
Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pulau Batu Puteh -PM Sahkan Mahathir cuai dan salah, berapa billion harus Bangsa Johor tuntut?
- Malaysia akan dapat PM bergilir-gilir?
- Kerana Gagal Mendapatkan 47 Kerusi, Hadi Awang Tuduh Pemimpin BN Amalkan Rasuah Sebagai Sebab MN Berkubur!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyatuan Umah PAS adalah menolak saf besar dan pilih saf kecil.