Livepool janji gantung seumur hidup penyokong baling syiling

LONDON: Liverpool akan mengenakan penggantungan seumur hidup terhadap penyokong yang didapati bersalah membaling syiling kepada Pep Guardiola ketika pertembungan tegang Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester City di Anfield.

Pengurus City, Guardiola mendedahkan dia menjadi sasaran balingan daripada penonton selepas gol buat pasukan pelawat itu tidak dibenarkan pada babak kedua.

Guardiola tidak terkena mana-mana objek tetapi Liverpool, yang menang 1-0 hasil jaringan Mohamed Salah, membuka siasatan terhadap insiden berkenaan.



“Kami menyedari insiden membabitkan objek yang dibaling ke arah kawasan teknikal pada perlawanan hari ini,” kata jurucakap kelab.

“Ini adalah kelakuan yang sama sekali tidak boleh diterima dan bukanlah sesuatu yang kami jangkakan di Anfield.

“Insiden ini akan disiasat sepenuhnya menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan mereka yang bersalah akan dihukum, termasuk larangan seumur hidup dari Stadium Anfield dan larangan bola sepak yang lain.”

Ini bukanlah pertama kali wujudnya masalah dalam kalangan penonton membabitkan Liverpool dan City di Anfield, dengan permusuhan antara kedua-dua kelab bertambah tegang sejak beberapa tahun lalu.



Pada 2018, bas pasukan City dibaling dengan botol serta objek lain ketika ia tiba di Merseyside bagi pertembungan Liga Juara-Juara.

Ditanya mengenai insiden terbaharu itu, Guardiola berkata secara sarkastik: “Ia tidak mengenai saya. Mereka boleh cuba tahun depan. Semua duit syiling ini, mereka cuba, tetapi tidak kena. Mereka ada jurulatih seak bertahun lalu.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading