Rizky Billar mahu tutup buku
Enggan buka mulut dakwaan curang selepas Lesti Kejora tarik balik laporan polis
Rizky Billar mahu tutup buku
PELAKON Rizky Billar enggan mengulas mengenai tuduhan berkelakuan curang seleapas isterinya, Lesti Kejora menarik semula laporan polis terhadapnya baru-baru ini.
Memetik laporan Detik Hot, Rizky bagaimanapun memberitahu dia menyesal tentang perbuatan memukul Lesti sehingga aktres itumengalami kecederaan.
Katanya Rizky, perkara tersebut menjadi pengajaran besar buat dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
“Saya menyesal dengan apa yang berlaku. Saya juga mengambil pengajaran dengan kejadian ini,” katanya.
Rizky Billar selepas Lesti Kejora tarik semula laporan polis.
Rizky berkata sedemikian ketika ditemui media di Polres Jakarta Selatan.
Dalam pada itu, Rizky juga meminta doa peminatnya agar dia boleh menjadi suami yang lebih baik pada masa depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
ARTIKEL BERKAITAN: Rizky Billar mengaku masih cintakan Lesti Kejora, tak terfikir nak bercerai
Rizky turut menegaskan bahawa Lesti masih lagi isteri yang sah dan bukan sudah bercerai seperti dilaporkan sebelum ini.
“Kami akan baik-baik sahaja, Lesti masih isteri sah saya.
“Mohon semua doakan saya agar menjadi manusia, ayah serta suami yang lebih baik dan bertanggungjawab,” tambahnya.
Lesti Kejora tarik balik laporan polis terhadap Rizky Billar demi anak
Rizky Billar mahu tutup buku
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :