Nasib United bergantung pada Nice

LONDON: Manchester United boleh terlepas aksi Liga Juara-Juara walaupun jika Jim Ratcliffe mengambil alih kelab dan mereka menamatkan saingan di kelompok empat teratas.

Penyokong sudah menyedari seorang lagi pembida, Sheikh Jassim bin Hamad Al-Thani mungkin perlu membuktikan dia tiada pengaruh terhadap PSG sekiranya mahu membeli kelab itu dari Glazer.

Namun pendedahan baharu memberikan ancaman terhadap pengambilalihan dan apa yang berlaku seterusnya.



Ia berpunca daripada Ratcliffe, lelaki terkaya Britain yang juga memiliki Nice.

Mengikut peraturan UEFA, yang bermakna jika United dan kelab liga utama Perancis itu layak ke Liga Juara-Juara, hanya kelab yang menamatkan kedudukan di tempat lebih tinggi boleh menyertai kejohanan berkenaan.

Jadi jika Nice berkedudukan ketiga Ligue 1 dan United keempat Liga Perdana Inggeris (EPL), kelab Ratcliffe di Perancis akan layak.

Dan ia menyebabkan masa depan Red Devils tergantung.



Dan Nice kini di kedudukan ketujuh – 13 mata di belakamg Lens yang menghuni tangga ketiga.

Sementara United, adalah pilihan untuk kedudukan ketiga dalam EPL.

Ia menyebabkan Ratcliffe berdepan dilema dalam dua senario berkenaan.

Cabaran paling besar ialah Glazers dilaporkan terus berkeras untuk menjual kelab pada harga sekitar £6 bilion (RM32.52 bilion).



Isu lain ialah sama ada bos Ineos itu sedia melepaskan Nice – untuk memberi fokus kepada Red Devils dan menyelesaikan halangan untuk ke Liga Juara-Juara itu.

AGENSI


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading