Liek Hou rangkul empat emas di Sepanyol

Liek Hou rangkul empat emas di Sepanyol

Liek Hou rangkul empat emas di Sepanyol
LIEK HOU (kanan) tiada masalah untuk menjuarai perseorangan dan beregu bersama Fareez (tengah) di Toledo baru-baru ini. – IG CHEAHLIEKHOU4956

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou terus melakar kejayaan apabila sekali lagi berjaya merangkul dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki SU5 dan beregu lelaki SU5 pada Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II 2024 di Toledo baru-baru ini.

Minggu lalu, juara para dunia yang bergandingan dengan Muhammad Fareez Anuar itu telah memenangi dua pingat emas di Victoria sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan empat pingat emas berjaya dirangkulnya di bumi Sepanyol.

“Dua kejohanan berturut-turut telah tamat selama dua minggu di Sepanyol dan saya sangat bersyukur boleh mempertahankan juara tahun lepas di acara perseorangan dan beregu di Toledo dan juga juara di Victoria.



“Saya gembira dapat membawa pulang empat emas di Sepanyol untuk semua rakyat Malaysia,” kata Liek Hou.

Bagaimanapun, Liek Hou, 36, mengakui sangat letih dari segi fizikal dan mental selepas menghadapi dua kejohanan di Sepanyol dan memaklumkan akan berehat seketika sebelum kembali beraksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Adlan Berhan Dan Jho Low Akan Di Bawa Balik, Tapi Bila?



“Saya berasa sangat letih dari segi fizikal dan mental kerana sudah lama disini, tetapi ini merupakan tanggungjawab saya sebagai atlet negara.

“Seterusnya saya ingin berehat beberapa hari sebelum balik ke latihan,” jelasnya.

Sementara itu, Fareez turut meluahkan kegembiraannya apabila berjaya merangkul pingat gangsa bagi acara perseorangan lelaki SU5 dalam kejohanan tersebut selepas gagal di Victoria minggu lalu.

“Akhirnya selesai sudah dua kejohanan di Sepanyol dan masa untuk pulang ke tanah air dengan membawa pulang satu pingat emas beregu dan gangsa bagi acara perseorangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE



Liek Hou rangkul empat emas di Sepanyol

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button