Forest ikat Brighton, Palace atasi Wolves

LONDON: Nottingham Forest naik satu anak tangga dari kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris selepas mengikat Brighton 0-0, manakala Wilfried Zaha membantu Crystal Palace menewaskan Wolves 2-1.

Forest yang hanya merakam satu kemenangan sejak kembali ke liga tertinggi Inggeris itu selepas 23 tahun, berjaya menahan asakan Brighton yang menguasai permainan di Stadium Amex.

The Seagulls masih mencari kemenangan sulung di bawah pengendali baharu Roberto de Zerbi dan deretan peluang keemasan disia-siakan dalam aksi di laman sendiri itu.



Percubaan Leandro Trossard terkena palang di babak pertama, dan dua kali dinafikan Dean Henderson yang turut menyelamatkan rembatan Pascal Gross di akhir permainan.

Forest gagal melakukan sebarang percubaan tepat tetapi keputusan tanpa bolos kedua musim ini sudah cukup untuk membawa mereka satu mata di atas Leicester City yang kini menghuni tangga tercorot.

Wolves kekal satu mata di atas kelompok tiga terbawah selepas mensia-siakan kelebihan gol di Selhurst Park.

Adama Traore menanduk masuk hantaran lintang Hugo Bueno untuk gol kelima Wolves selepas 11 aksi liga musim ini.



Dalam ketiga-tiga kemenangan Palace musim ini, mereka bangkit daripada ketinggalan dan The Eagles mengulanginya di babak kedua apabila Eberechi Eze menyempurnakan hantaran lintang Michael Olise.

Zaha melengkapkan kebangkitan Palace selepas mengutip hantaran Odsonne Edouard dan menewaskan Jose Sa ketika permainan berbaki 20 minit.

Kemenangan itu melonjak skuad kendalian Patrick Vieira ke tangga ke-10. – AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading