Impian Piala Dunia Jota musnah

LONDON: Pemain Portugal, Diogo Jota bakal terlepas aksi di Piala Dunia selepas betisnya cedera, kata pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Pemain sayap itu terpaksa diusung keluar ketika kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield Ahad lalu.

“Bukan berita baik berkenaan Diogo – dia akan terlepas Piala Dunia. Ia kecederaan yang serius di otot betis dan proses pemulihan sudah bermula.



“Ia berita yang menyedihkan buat pemain itu, juga bagi kami dan Portugal,” kata Klopp.

Menurut Klopp, Jota perlu menjalani pembedahan tetapi dia tidak memberikan tempoh yang tepat bila pemain 25 tahun itu akan kembali.

“Selepas malam yang bagus di Anfield, ia berakhir buruk buat saya! Pada minit terakhir salah satu impian saya musnah.

“Saya akan menyokong dari luar, kelab dan negara, dan berjuang untuk kembali secepat mungkin,” kata Jota.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button