Lee Tuck, Aguero perkasa Tok Gajah

Kuantan: Dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero bakal tampil buat kali pertama bersama Sri Pahang FC pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Dua pemain Sri Pahang FC itu, masing-masing beraksi di posisi tengah dan serangan dikatakan akan disenaraikan pada pusingan awal Piala Malaysia berdepan Terengganu FC (TFC).

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mahu Tuck dan Aguero dapat beraksi dengan cemerlang pada kempen piala berprestij itu.



“Sudah pasti kelab mahu dua pemain ini dapat memberikan impak kepada pasukan terutama bersaing pada Piala Malaysia. Pengalaman dimiliki diharap dapat diterjemahkan dengan cemerlang untuk membantu Sri Pahang beroleh kejayaan musim ini.

“Namun mereka perlu bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama terutama memikat hati ketua jurulatih (Datuk Dollah Salleh) dan Fandi Ahmad (penasihat teknikal),” katanya.

Dalam satu kenyataan pada 7 September lalu, MFL memaklumkan rayuan Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) untuk mendaftarkan pemain naturalisasi Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2022 diluluskan.

Keputusan itu dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pendaftaran Tuck yang dilahirkan di Huddersfield, England serta Aguero dari Argentina, akan berkuat kuasa pada pertandingan Piala Malaysia 2022.



Sebelum ini, Sri Pahang mendaftarkan Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam tempoh pendaftaran kedua pada 28 Mei hingga 24 Jun lalu. Sementara itu, MFL memaklumkan pindaan Perkara 3.4.9 (ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia dikuatkuasakan secara serta merta bagi mengelakkan percanggahan antara Perlembagaan Malaysia dan Peraturan Pertandingan MFL.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading