Indonesia Ambil 4 Bulan Untuk Dakwa Ferdy Sambo, Kes Hakim Nazlan Di Malaysia, Masih Krik Krik Krik…

Indonesia Ambil 4 Bulan Untuk Dakwa Ferdy Sambo, Kes Hakim Nazlan Di Malaysia, Masih Krik Krik Krik...

Indonesia Ambil 4 Bulan Untuk Dakwa Ferdy Sambo, Kes Hakim Nazlan Di Malaysia, Masih Krik Krik Krik…

Perhatian badan kehakiman di seluruh dunia kini bertumpu di Indonesia.

Kerajaan Indonesia membenarkan perbicaraan kes berprofil tinggi Indonesia, pembunuhan pegawai tinggi polis Indonesia, Brigidier Jeneral Josua disiarkan secara langsung.



Perbicaraan yang bermula pada 17 Oktober lepas yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui Youtube bermula dengan pembacaan pertuduhan suspek utama.

Suspek utama di dalam kes ini ialah seorang lagi pegawai tinggi polis Republik Indonesia (POLRI), Ferdy Sambo.

Penulis tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai kes berprofil tinggi Indonesia itu kerana ianya sedang di dalam perbicaraan di mahkamah.



Apa yang menarik perhatian penulis ialah perbezaan ketelusan pihak berkuasa Indonesia dan juga badan kehakiman Indonesia berbanding di Malaysia.

Untuk rekod, kes pembunuhan Josua berlaku di awal bulan Julai 2022.

Pihak berkuasa Indonesia cuma mengambil masa hanya sekitar 3 bulan untuk menyelesaikan siasatan dan seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah.



Untuk rekod, semasa di dalam siasatan, Ketua Polis Republik Indonesia (KAPOLRI), Listyo Sigit Prabowo, telah dipanggil untuk memberikan keterangan di parlimen Indonesia (DPR).

Beliau telah diasak oleh ahli parlimen Indonesia supaya dapat memastikan keadilan benar-benar dapat ditegakkan.

Semasa sesi soal jawab dengan ahli parlimen Indonesia, ianya juga telah disiarkan secara langsung di seluruh dunia melalui Youtube.

Tidak Ada Sebab Mengapa Malaysia Tidak Boleh Mencontohi Indonesia

Secara bandingannya, di Malaysia, siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan sudah dilengkapkan pada bulan Mei 2022 yang lepas.



Baca di sini:

http://prn.bernama.com/melaka/news-bm.php?c=02&id=2083354

Ianya disahkan oleh Peguam Negara, Idrus Harun yang menyatakan pihak beliau sedang meneliti kertas siasatan tersebut.

Baca di sini:



https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/idrus-sahkan-sedang-teliti-kertas-siasatan-hakim-nazlan/

Namun secara tiba-tiba, Idrus Harun mengatakan kertas siasatan Hakim Nazlan tidak ada di Jabatan Peguam Negara.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991136/kertas-siasatan-hakim-mohd-nazlan-tidak-berada-dengan-agc



Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki kemudiannya mengesahkan kertas siasatan tersebut telah dipulangkan oleh Jabatan Peguam Negara untuk tujuan penambahbaikan.

Namun beliau menegaskan ianya sudah dilakukan dan kini menunggu arahan selanjutnya dari Jabatan Peguam Negara.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/berita/2022/09/sprm-sudah-selesaikan-kertas-siasatan-hakim-nazlan/

Tetapi hingga ke hari ini, tidak ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara atau pun SPRM.

Persoalannya, apakah status kertas siasatan tersebut dan mengapakah ianya mengambil masa yang terlalu lama untuk dibuat keputusan sama ada akan berlaku pendakwaan atau tidak.

Pihak berkuasa dan badan kehakiman di Malaysia seharusnya bersikap lebih telus dan diharapkan, selepas pertukaran kerajaan, kita mencontohi Indonesia dalam menguruskan kes berprofil tinggi.

Pihak berkuasa yang melakukan siasatan dan pihak Peguam Negara hendaklah dipanggil ke parlimen untuk memberikan keterangan.

Siaran secara langsung perbicaraan juga mestilah dibenarkan, sekiranya Indonesia boleh melakukannya, tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh melakukannya.

Malah, dengan melakukannya, kredibiliti dan integriti pihak berkuasa dan badan kehakiman akan kembali diyakini oleh rakyat dan seluruh dunia.

 

Indonesia Ambil 4 Bulan Untuk Dakwa Ferdy Sambo, Kes Hakim Nazlan Di Malaysia, Masih Krik Krik Krik…

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading