Mas Ermieyatie akan bertukar Parlimen?

Tangga Batu jadi pilihan?

Oleh – Editor


Mas Ermieyatie akan bertukar Parlimen?

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyatie Samsudin dikhabarkan akan bertukar kawasan Parlimen dalam PRU15 pada 5 November depan.



Desas-desus mengenai pemindahan tersebut sudah mula berlegar di Melaka dan Parlimen Tangga Batu dikatakan menjadi pilihan untuk beliau bertanding.

Pada PRU14 lepas, Mas Ermieyatie bertanding menggunakan lambang Barisan Nasional dan atas kuota sebagai Ketua Puteri Umno.

Pemindahan kerusi Parlimen itu juga dikatakan untuk survival karier politik beliau dan Perikatan Nasional Melaka.

Ini juga bagi mengelakkan ‘balas dendam’ pengundi BN di Masjid Tanah yang terkilan dengan tindakan Mas Ermieyatie yang mengkhianati kepercayaan mereka pada PRU14.



Pada Mei 2018, Mas menang kerusi Masjid Tanah dengan undi sebanyak 22,898 undi menewaskan calon PH dan PAS dengan majoriti 8,159 undi.

Bagaimanapun, pada 1 Julai 2018, Mas telah mengisytiharkan beliau keluar dari Umno dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Tidak lama selepas itu, pada 2019, beliau menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia – PPBM dan kini merupakan Naib Ketua Srikandi PPBM.

Tewas dalam Pilihanraya Negeri Melaka di tangan Dato Sri Rauf Yusoh di Dun Tg Bidara, Mas merupakan calon Ketua Menteri Perikatan Nasional. BN menang majoriti 2/3 kerusi DUN Melaka dalam PRN Melaka.



Mas Ermieyatie akan bertukar Parlimen?

Pada 2020, Mas Ermieyatie telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). 

BN Melaka dijangkakan akan menurunkan seorang calon muda dan berpotensi sebagai pilihan pengundi Parlimen Tangga Batu. 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading