Rina Harun akan tumbangkan AMANAH di Sepang

Parlimen Titiwangsa hanya 'anak tiri'?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Rina Harun berazam tumbangkan AMANAH di Sepang

Nama Rina Harun disebut-sebut akan bertanding di Parlimen P113 Sepang pada PRU15 bagi menumbangkan AMANAH yang menguasai kerusi tersebut yang diwakili Mohamed Hanipa Maidin.



Menurut laporan akhbar, 3 nama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sepang telah disenaraikan bagi menjadi calon di P113.

Difahamkan, nama-nama mereka merupakan AJK PPBM Bahagian Sepang.

“Saya serah kepada kepemimpinan parti, namun sebagai Ketua Srikandi Sepang dan ‘care taker’ sebagai Menteri Pembangunan dan Keluarga Masyarakat (KKWM), saya perlu jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Kekerapan menyertai program diadakan di Sepang bukan bermakna akan dipilih sebagai calon. Ia adalah sebahagian tanggungjawab saya sebagai Ketua Srikandi di daerah ini,” – Rina Harun – 16 Oktober 2022



Apa yang menariknya, Rina Harun adalah Ahli Parlimen Titiwangsa tetapi beliau lebih banyak bergiat di Sepang.

Untuk apa 61,598 pengundi berdaftar Titiwangsa memilih Rina Harun pada 2018 hanya untuk mengangkat beliau menjadi wakil rakyat tetapi akhirnya ditinggalkan begitu sahaja?

Siapa boleh lupa adegan menyembur ‘najis cicak’ yang dilakukan Rina Harun di sebuah sekolah tidak lama dahulu?Rina Harun berazam tumbangkan AMANAH di Sepang

Rina menang Parlimen P119 Titiwangsa dengan majoriti 4,139 undi pada 2018 menewaskan calon BN, Johari Ghani yang hanya memperolehi 19,701 undi.



Pada 2018, Sepang mencatat seramai 104,508 pengundi berdaftar dan dijangkakan akan meningkat dengan pertambahan pengundi muda kali ini.

Rina Harun berazam tumbangkan AMANAH di Sepang

Untuk rekod, Hanipa Maidin memenangi kerusi Sepang dengan majoriti sebanyak 18,705 undi. Mampukah Rina Harun mengatasi angka tersebut sekiranya berdepan dengan penyandang kerusi itu?

Bagi memastikan beliau menambat hati pengundi Sepang, pelbagai program telah dilaksanakan oleh Rina Harun.



Pastinya pengundi Titiwangsa terasa di’anak tirikan’ kerana tidak diberikan perhatian sepatutya oleh Rina Harun sebagai Ahli Parlimen.

Sikap berpindah-randah kawasan bertanding ini merupakan antara strategi ampuh yang diajar DAP dan Pakatan Harapan bagi mengelakkan kekalahan seseorang calon. Ia juga sangat praktikal bagi wakil rakyat yang tidak berkhidmat dengan baik kepada pengundi dikawasan mereka sendiri.

 

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button