Verstappen rancang bersara 2028

SUZUKA, JAPAN – OCTOBER 09: Race winner and 2022 F1 World Drivers Champion Max Verstappen of Netherlands and Oracle Red Bull Racing celebrates with his trophy after the F1 Grand Prix of Japan at Suzuka International Racing Course on October 09, 2022 in Suzuka, Japan. (Photo by Mark Thompson/Getty Images )

London: Juara dunia dua kali, Max Verstappen mendedahkan dia mungkin bersara daripada Formula Satu (F1) seawal 2028.

Pemandu Red Bull itu mengesahkan kejuaraan dunia kekal miliknya selepas memenangi Grand Prix Jepun minggu lalu dan kejayaan itu sudah dijangka selepas dia mendominasi kebanyakan perlumbaan musim ini.

Dengan usia baharu mencecah 25 tahun dan tiada petanda kemerosotan, Red Bull pastinya berharap dapat meraih lebih banyak kejayaan bersama Verstappen untuk tempoh lebih lama.

Tetapi bintang Belanda itu mendedahkan dia mungkin bersama F1 sehingga 2028 apabila kontrak jangka panjangnya dengan pasukan tamat dan berusia 31 tahun ketika itu.



Katanya kepada Sky Sports: “Saya tak jangka akan terus berlumba sehingga berusia 40 tahun kerana saya mahu melakukan perkara lain.

“Saya seronok dengan apa yang saya lakukan ketika ini dan masih bersama F1 untuk beberapa tahun lagi. Kontrak saya sehingga 2028.

“Selepas itu, ia bergantung situasi semasa tetapi saya mungkin mencuba beberapa perlumbaan berbeza kerana penting untuk mencuba kelainan.”

Tetapi dia menambah: “Saya seronok menjadi sebahagian daripada pasukan ini untuk tempoh panjang dan berharap dapat terus bersama.”



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button