Lewandowski redakan tekanan Barcelona

BARCELONA: Robert Lewandowski meledak dua gol ketika Barcelona menewaskan Villarreal 3-0 untuk kekal tiga mata di belakang pendahulu La Liga, Real Madrid.

Selepas kekalahan Clasico Ahad lalu dan di ambang penyingkiran Liga Juara-Juara Eropah, skuad kendalian Xavi Hernandez terdesak membuktikan sesuatu di Camp Nou.

Lewandowski, penjaring terbanyak La Liga, melebarkan jaringan domestiknya kepada 11 gol, dan dua golnya serta satu lagi menerusi Ansu Fati, memastikan kemenangan buat Barca.



Xavi melakukan lima pertukaran ke atas skuad yang tewas kepada Real Madrid, antaranya menggantikan Sergio Busquets dengan Frenkie de Jong dan ia memberikan impak segera.

“Selepas keputusan buruk menentang Inter Milan dan Madrid, kami perlu menang. Villarreal pasukan yang bagus, 3-0, dan satu kemenangan yang baik.

“Jika anda menang , ia sentiasa membantu, suasana dalam bilik persalinan juga lebih baik. Saya amat gembira dengan kemenangan ini.

“Saya tidak kisah di mana saya bermain, saya selesa di mana-mana posisi,” kata De Jong.



Dalam perlawanan lain, Almeris menewaskan Girona 3-2, manakala Osasuna menang buat pertama kali selepas empat perlawanan – menewaskan Espanyol 1-0 di laman sendiri untuk melonjak ke tangga ketujuh liga.

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading