Keputusan permohonan rayuan ke Universiti Awam Selasa ini

Putrajaya: Keputusan permohonan rayuan untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi Program Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Setaraf Sesi Akademik 202/2023 akan diumumkan Selasa ini.

Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, keputusan itu boleh disemak secara dalam talian bermula 12 tengah hari sehingga 5 petang, 30 Oktober.

“Keputusan itu boleh disemak melalui Aplikasi Bahagian Kemasukan ke UA melalui pautan iaitu https://jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, https://jpt.unimas.my, http://jpt.ums.edu.my, http://umt.edu.my atau melalui Aplikasi Mobile UPU Pocket di telefon pintar.



“Pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 26 hingga 30 Oktober ini di laman web rasmi UA.

“Bagi surat tawaran rasmi ia akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya dan boleh dicetak mulai 26 Oktober selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jabatan berkenaan menegaskan, segala tawaran yang diberikan adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA adalah tidak dibenarkan.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading