PPS Dewan Syifa Padang Matsirat ditutup

Langkawi: Pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di Padang Matsirat di sini ditutup, hari ini berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi, Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus, berkata 62 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di situ sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“PPS dibuka pada Ahad lalu susulan hujan lebat berterusan dan air masuk ke dalam rumah penduduk menyebabkan mereka terpaksa dipindahkan.



“Hari ini semua mangsa yang ditempatkan di PPS mendaftar keluar secara berperingkat dan pulang ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahmad Shahfikri berkata, hari ini cuaca di pulau ini pada sebelah pagi diramalkan mendung dan hujan di satu dua tempat dan berterusan hingga malam.

Seramai 62 mangsa daripada 18 keluarga dipindahkan ke PPS akibat banjir membabitkan enam kampung di sini, pada Ahad.

Enam kampung terbabit iaitu Kampung Atas, Limbung Putra, Buluh Penyumpit, Bukit Kemboja, Bohor Masjid dan Lubuk Setol.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button