Idris Jusoh beri laluan kepada pemimpin muda

Oleh – Editor


Idris Jusoh tidak bertanding, beri laluan pemimpin muda

Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Dato Sri Idris Jusoh mengumumkan beliau tidak mempertahankan kerusi Parlimen Besut dalam PRU15. Beliau memilih memberi laluan kepada pemimpin muda Umno bagi mempertahankan kerusi Barisan Nasional itu.



Menerusi laman facebook beliau, Idris Jusoh turut menyatakan sebab mengapa beliau berbuat demikian.

  • Keputusan ini adalah bagi memberi laluan kpd calon yang lebih muda utk bertanding, seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti
  • Saya telah buat keputusan utk tidak bertanding sejak tahun 2013 lagi bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti. Ketika itu, saya menyatakan hasrat saya kpd Presiden, Tim Presiden & SUA UMNO. Namun atas kehendak parti, saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara.
  • Sekarang saya telah meniti usia 67 tahun, masa utk saya memberi laluan telah tiba.

 

 



Dilahirkan pada 15 November 1955, Idris atau mesra dengan panggilan “Yeh” mengikut dialek Kelantan, bersekolah di STAR Ipoh dari 1968-1973.

Idris mendapat pendidikan awal beliau di SK Seberang Jerteh.

Membawa kemenangan Barisan Nasional pada 2014 dan dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menewaskan PAS dengan 28-4 kerusi DUN.

Dilantik sebagai Pengerusi MARA pada 2008-2013.



Beliau berpengalaman sebagai Menteri Pendidikan pada 2013-2015 dan Menteri Pendidikan Tinggi pada 2015-2018.

Kini beliau menerajui FELDA sebagai Pengerusi FELDA. 

Selamat maju jaya kepada Tan Sri Idris Jusoh dan terimakasih atas jasa bakti untuk BN.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading