Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah

Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah

Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah

Tidak dapat dinafikan, mantan Perdana Menteri sebanyak 2 kali, Dr Mahathir, mempunyai pengalaman yang cukup luas untuk mentadbir negara.

Kali pertama beliau menjadi perdana menteri adalah selama 22 tahun di era Barisan Nasional, boleh dikatakan satu pentadbiran yang agak berjaya.



Tetapi kali kedua beliau menjadi perdana menteri yang hanya bertahan selama 22 bulan di era Pakatan Harapan, ianya adalah pentadbiran yang jelas gagal.

Persoalannya, mengapa untuk kali pertama beliau berjaya dan dapat mengekalkan kejayaan itu untuk jangka waktu yang lama.

Tetapi kali kedua, dalam hanya masa yang singkat, pentadbiran beliau telah gagal secara total.

Mandat Yang Selesa Sahaja Tidak Mencukupi

Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah



Sebelum ini penulis ada mengulas, untuk menjadi kerajaan yang kompeten, mandat yang besar mesti rakyat berikan kepada sesuatu parti politik.

Namun hakikatnya, hanya bersandarkan kepada mandat yang besar, ianya bukan jaminan sesebuah kerajaan itu kompeten.

Ini terbukti dengan dalam PRU 14.

Walau pun Pakatan Harapan diberikan mandat yang agak selesa, tetapi gagal menjadi kerajaan yang baik.



Selain dari mandat yang selesa, pengalaman pentadbiran juga adalah penting untuk membentuk kerajaan yang berwibawa.

Pengalaman yang penulis maksudkan ialah pengalaman secara berkumpulan dan bukan pengalaman individu.

Dr Mahathir gagal di era Pakatan Harapan kerana hanya beliau seorang yang berpengalaman.

Tetapi kumpulan yang mendokong beliau di dalam kabinet, jelas tidak berpengalaman.



Malah tidak keterlaluan sekiranya penulis mengatakan Dr Mahathir di kelilingi oleh kumpulan yang bukan sahaja tidak berpengalaman, tetapi juga gelojoh.

Penghapusan cukai GST dan pemberian tempoh 3 bulan pelepasan cukai yang dilakukan serentak telah meranapkan ekonomi negara adalah bukti kegelojohan mereka.

Mandat yang selesa dan pengalaman sahaja sebenarnya tidak cukup untuk menjadikan sesebuah kerajaan itu kompeten.

Sejarah Hubungan Yang Baik Dengan Negara Luar Penting



Barisan pemimpin parti politik di blok kerajaan yang menjadi menteri, mestilah mempunyai sejarah hubungan luar negara yang baik dengan negara asing.

Ini amat penting untuk menarik minat pelabur luar bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

Dr Mahathir tidak mempunyai sejarah hubungan luar negara yang baik dengan negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan China.

Keceluparan mulut beliau yang suka campurtangan dalam pentadbiran dalaman negara kuasa ekonomi dunia membuatkan beliau tidak digemari pemimpin luar.



Ketika menjadi perdana menteri di era Pakatan Harapan, hubungan dua hala Malaysia dengan China menjadi sangat tegang.

Ini berlaku bukan sahaja kerana sikap beliau yang tidak menghormati perjanjian yang sudah dipersetujui antara kerajaan China dan kerajaan terdahulu.

Tetapi juga keceluparan mulut beliau yang menuduh China sebagai penjajah baharu di abad 21.

Tuduhan itu beliau lakukan di hadapan perdana menteri China dan ketika lawatan rasmi beliau ke China!!!

Akibatnya, China menyekat ekspot komoditi kelapa sawit Malaysia dan yang teruk terkesan adalah peneroka Felda dan pekebun kecil.

Memburukkan keadaan bila Dr Mahathir tidak menjaga sensitiviti krisis negara luar.

Ketika India dan Pakistan berkonflik, Dr Mahathir bersetuju menerima pingat penghormatan dari negara Pakistan.

Akibatnya India merasakan Malaysia mencampuri urusan mereka dengan Pakistan, malah lebih buruk lagi bila India merasakan Malaysia memberikan sokongan moral kepada Pakistan.

Akhirnya, India yang menjadi pengimpot kedua terbesar komoditi sawit Malaysia juga mengambil tindakan yang sama seperti China.

Nasib peneroka Felda dan pekebun kecil menjadi semakin terhimpit apabila kelapa sawit tidak laku untuk dijual.

Buat Pilihan Yang Betul Berdasarkan Rekod Perkhidmatan Dan Bukannya Retorik Politik Ketika Berkempen

Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah

Kombinasi dari mandat yang selesa, pengalaman secara berkumpulan dan sejarah hubungan yang baik dengan negara luar adalah sangat penting dalam membentuk kerajaan.

Lebih 6 dekad Barisan Nasional berjaya membuktikan bahawa mereka satu-satunya parti yang mempunyai ciri-ciri tersebut.

Kita sudah memberikan peluang kepada Pakatan Harapan dan juga Perikatan Nasional yang mempunyai DNA Pakatan Harapan.

Ternyata mereka gagal melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan baik.

PRU 15 bukan lagi masa untuk kita mencuba, cabaran yang sangat besar sedang menanti kita di tahun hadapan.

Kembalikan mandat yang selesa kepada Barisan Nasional kerana hanya mereka yang mampu meletakkan Malaysia di atas landasan yang sepatutnya.

 

Mengapa Mahathir Gagal Di Era Pakatan Harapan Memerintah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button