Skrip Hari Ini Jadi Perdana Menteri Bertukar Dari Harga Minyak Kepada Potong Gaji

Skrip Hari Ini Jadi Perdana Menteri Bertukar Dari Harga Minyak Kepada Potong Gaji

Skrip Hari Ini Jadi Perdana Menteri Bertukar Dari Harga Minyak Kepada Potong Gaji

Anwar Ibrahim memang dikenali sebagai seorang orator atau pemidato yang hebat.

Tetapi kehebatan Anwar sebagai pemidato sangat jarang disertakan dengan fakta atau hujah beliau tidak seiring dengan fakta.



Lebih teruk lagi, apabila berada di atas pentas, beliau sering terlupa kepada sejarah.

Dan juga mungkin tidak faham dengan kata-kata internet tidak pernah menipu.

Sebab itu ketika berada satu pentas dengan DS Najib dalam perdebatan mengenai isu Sapura, Anwar akhirnya terkulai layu dengan hujah dan fakta DS Najib.



Skrip Anwar yang paling diingati rakyat Malaysia ialah:

“Hari ini kita ambil alih kuasa, besok, harga minyak turun”…😜😜😜

Kini dalam kempen PRU 15, Anwar datang semula dengan skrip yang sama tetapi tidak serupa.



Anwar berjanji, sekiranya beliau menjadi perdana menteri selepas PRU 15, perkara pertama yang akan dilakukan ialah untuk memotong gaji perdana menteri.

Penulis percaya Anwar akan melakukan apa yang beliau katakan sekiranya ditakdirkan berjaya menjadi perdana menteri.

Tetapi sebenarnya, di sebalik kata-kata Anwar itu ada sesuatu yang sebenarnya disembunyikan oleh Anwar.

Seperti Lokman Adam pernah mendedahkan, sekiranya jawatan perdana menteri adalah jawatan tidak bergaji, pasti ramai yang masih berebut jawatan tersebut.



Mengapa?

Sebenarnya, gaji yang diterima adalah jauh lebih kecil berbanding dengan segala elaun, klaim dan kemudahan yang diterima.

Seperti yang penulis terangkan, Anwar adalah seorang orator yang sering terlupa sejarah, hatta sejarah tentang diri beliau sendiri.

Anwar Melantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor Untuk Mangaup Keuntungan Yang Cukup Besar

 



Skrip Hari Ini Jadi Perdana Menteri Bertukar Dari Harga Minyak Kepada Potong Gaji

Mungkin Anwar lupa, ketika PKR berjaya merampas Selangor dari Barisan Nasional, Anwar melantik diri beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Walau pun sejarah pencapaian beliau sebagai menteri kewangan di era Dr Mahathir sebelum itu tidak memberangsangkan.

Ketika itu, yang menjadi Menteri Besar Selangor adalah Allahyarham Khalid Ibrahim.



Allahyarham Khalid Ibrahim sendiri adalah seorang pakar ekonomi dan untuk rekod beliau salah seorang yang terlibat dalam ‘dawn raid’ ke atas London Stock Exchange.

Kalau dibandingkan kepakaran ekonomi antara Khalid Ibrahim dan Anwar, ianya ibarat langit dengan bumi.

Namun selepas dikritik dengan perlantikan diri sendiri, Anwar mengumumkan, beliau hanya mengambil gaji sebanyak RM1.00 sebulan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Baca di sini:

https://dialograkyat.blogspot.com/2010/04/pelantikan-anwar-tidak-wajar-adun.html?m=1

Tetapi di sebalik pengumuman itu, ada berita yang membongkar rahsia mengapa Anwar melantik diri beliau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Walaupun gaji yang beliau ambil cuma RM1.00 sebulan, namun terbongkar beliau membuat bermacam tuntutan sebanyak RM15 juta sepanjang perkhidmatan beliau!!!

Baca di sini:

http://www.ibnuhasyim.com/2021/08/gaji-penisehat-ekonomi-selangor-rm100.html

Bayangkan kalau sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sahaja Anwar membuat utntutan sebanyak RM15 juta, bayangkan berapa tuntutan beliau sekiranya menjadi perdana menteri?

Kepada anak-anak muda yang bakal mengundi kali pertama, penulis nasihatkan supaya berhati-hati ketika memberikan undi.

Kita sudah menderita selama 22 bulan di bawah Pakatan Harapan dan 17 bulan di bawah Perikatan Nasional.

Jangan biarkan kehidupan kita terus menderita untuk 5 tahun yang akan datang.

 

Skrip Hari Ini Jadi Perdana Menteri Bertukar Dari Harga Minyak Kepada Potong Gaji

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button