Seludup kokain dalam bungkusan kurier

Teluk Intan: Seludup dadah dalam kuantiti sedikit dengan menyorokkan ke dalam bungkusan kurier mengandungi peralatan elektrik.

Itu helah digunakan sindiket penyeludupan untuk membawa masuk dadah jenis kokain dari Vancouver, Kanada yang berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak, 20 Oktober lalu.

Pengarah Kastam Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, hasil risikan pihak berkuasa antarabangsa, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 37 tahun ditahan di Taman Antek Avenue di sini, pada 2.40 petang.



“Kami turut merampas bungkusan kurier yang disyaki mengandungi dadah jenis kokain dianggarkan seberat 207.24 gram bernilai RM41,000.

“Bungkusan itu beralamat dari Vancouver, Kanada dihantar ke Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier ke alamat di Teluk Intan,” katanya dalam sidang media di JKDM Teluk Intan di sini hari ini.

Dalam serbuan ini juga, Abdul Ghafar berkata, JKDM Perak turut merampas sebuah Toyota Vios dianggarkan bernilai RM80,000.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama 14 hari bermula 21 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



“Jika didapati bersalah dan disabitkan, dihukum mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah sekiranya tidak dihukum mati dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading