Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Keputusan PRU 14 menyaksikan Barisan Nasional yang sudah 61 tahun memerintah negara akhirnya tumbang.

Pakatan Harapan yang menggunakan lambang PKR dalam PRU 14 berjaya mendapat mandat rakyat dengan mendapat 124 kerusi parlimen.



Ianya adalah gabungan dari parti PKR, DAP, PAN, Warisan, PPBM, STAR, PBS, UPKO dan Bebas.

Sebagai rekod, parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi parlimen.

Untuk membentuk kerajaan sesebuah parti politik atau gabungan parti politik memerlukan majoriti 112 kerusi parlimen.

Sepatutnya, dengan memiliki 124 kerusi parlimen, Pakatan Harapan mampu membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.



Tetapi hayat kerajaan Pakatan Harapan hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Dan ianya berlaku akibat dari ketidakstabilan politik di blok kerajaan sendiri.

Persoalannya mengapa boleh jadi begitu, secara ringkas penulis cuba memberikan antara sebab-sebabnya.

Gabungan Pakatan Harapan Di Bentuk Dengan ‘Kerjasama’ Musuh Politik

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya



Wujud perang dingin 3 penjuru di dalam gabungan parti politik Pakatan Harapan.

Dan ianya dilihat pemerhati politik sebagai bom jangka yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

Permusuhan antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim yang telah berlarutan selama lebih 2 dekad telah mengheret PKR dan PPBM.

Dr Mahathir adalah musuh politik tegar Anwar Ibrahim dan begitu juga sebaliknya.



Dan kedua-duanya adalah pemimpin utama parti PPBM dan PKR.

Mahu atau tidak, permusuhan politik antara mereka berdua telah mewujudkan hubungan yang tegang antara penyokong PPBM dan PKR.

Bom jangka yang sering disebutkan oleh pemerhati politik akhirnya meletus.

Ianya kerana Dr Mahathir berdolak dalih untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar seperti yang dijanjikan.



Memburukkan keadaan apabila di dalam PPBM sendiri berlaku perebutan kuasa antara Dr Mahathir dengan Muhyiddin yang menjadi presiden PPBM.

Kemuncak dari krisis tersebut, apabila Dr Mahathir mengarahkan Muhyiddin supaya melaksanakan ‘plan B’ dengan cuba membentuk kerjasama dengan PAS dan UMNO.

Tanpa pengetahuan UMNO, presiden PAS, Hadi Awang, telah bersetuju untuk berkerjasama.

Malah Hadi meyakinkan Muhyiddin bahawa beliau yakin boleh memujuk UMNO untuk bersetuju.



Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/10/26/akhirnya-hadi-awang-mengakui-beliau-dan-muhyiddin-adalah-dalang-menjatuhkan-ph-bukannya-umno/

Setelah Dr Mahathir dimaklumkan perkembangan perbincangan antara Muhyiddin dan Hadi, beliau bertindak meletak jawatan perdana menteri.

Tujuan Dr Mahathir adalah untuk menyingkirkan anggota kabinet dari PKR dan DAP dan dengan sokongan UMNO dan PAS, sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Tetapi Hadi gagal memujuk UMNO dan Dr Mahathir terpaksa menjalankan ‘plan C’ dengan mengumumkan pembentukan kerajaan dari pelbagai parti.

Namun ianya mendapat tentangan bukan sahaja dari UMNO dan PAS, malah dari PPBM sendiri.

Muhyiddin Mengkhianati Dr Mahathir

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Muhyiddin mengambil kesempatan dari kekalutan yang berlaku dengan mempengaruhi sebahagian ahli parlimen PPBM.

Alasan yang beliau gunakan ialah sekiranya Dr Mahathir masih lagi mahu mengekalkan DAP dalam kerajaan, tidak mungkin UMNO dan PAS akan bersetuju.

Tanpa sokongan dari ahli parlimen UMNO dan PAS, tidak mungkin peralihan kuasa boleh berlaku tanpa pilihanraya.

Sekiranya berlaku PRU 15, PPBM pasti akan kehilangan kuasa di Putrajaya.

Dan untuk mendapatkan sokongan UMNO dan PAS, beliau memperkenalkan rasuah politik yang dijenamakan semula sebagai ‘scheme of things’.

Apabila YDP Agong tidak memperkenankan pembubaran parlimen sebagaimana yang dituntut oleh UMNO dan PAS, UMNO tidak mempunyai pilihan.

UMNO terpaksa bersetuju untuk berkerjasama dengan PPBM dan memberikan laluan kepada Muhyiddin untuk menjadi perdana menteri dengan 2 syarat.

Pertama, Dr Mahathir tidak boleh ada dalam kerjasama tersebut dan parlimen mesti dibubarkan sebaik sahaja masalah Covid-19 dapat ditangani.

Muhyiddin bersetuju dengan syarat UMNO dan membawa keluar PPBM dari gabungan Pakatan Harapan dan membentuk Perikatan Nasional bersama PAS dan Gerakan.

Apa Bezanya Dengan Kerjasama Di Dalam Pakatan Harapan, Perikatan Nasional Dengan Barisan Nasional?

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Masalah utama gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional adalah matlamat utama pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.

Dan memburukkan masalah apabila selepas mendapat jawatan perdana menteri, mereka mengingkari janji.

Sama ada janji untuk peralihan kuasa secara aman, atau pun janji mengadakan pilihanraya umum.

Maka berlakulah ketegangan di dalam gabungan itu sendiri dan akhirnya pemimpin sentiasa memikirkan keselamatan jawatan dari masalah rakyat dan negara.

Dalam artikata lain, selain dari wujud ancaman dari musuh politik di luar gabungan, wujud ancaman dari dalam gabungan itu sendiri.

Ianya berbeza dengan gabungan di dalam Barisan Nasional yang sudah wujud selama lebih dari 6 dekad.

Gabungan di dalam Barisan Nasional mempunyai matlamat untuk pembentukan kerajaan yang stabil supaya masalah rakyat dan negara dapat ditangani dengan baik.

Tidak berlaku perebutan jawatan perdana menteri dari dalam parti gabungan Barisan Nasional dan ini mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil.

Rakyat MESTI Menolak PH 2.0 Dalamm PRU 15 Untuk Kestabilan Politik Negara

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

Akibat dari percakaran sesama pemimpin Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, akhirnya kemakmuran negara hancur.

Berlaku ketegangan di dalam kehidupan sosial rakyat Malaysia, rakyat dikurung selama hampir 2 tahun, hanya kerana untuk menjamin jawatan perdana menteri yang dipegang.

Ekonomi negara jatuh ke paras yang tidak pernah difikirkan, hutang negara melonjak naik.

Terbentuknya barisan kabinet yang tidak kompeten semata-mata kerana mahu menjamin kuasa dan mengekalkan sokongan.

Rakyat sudah memberikan kuasa kepada mereka di dalam PRU 14, tetapi kuasa yang diberikan itu telah di salahgunakan.

Nasib rakyat diabaikan, mereka membutakan mata dan memekakkan telinga di atas setiap penderitaan dan keluh kesah rakyat.

Kini sekali lagi mereka mahu membentuk pakatan yang sama dengan pemimpin yang sama dan sudah tentu dengan matlamat dan nafsu yang sama.

Apakah rakyat masih lagi tidak serik dengan kehancuran yang mereka lakukan selama 40 bulan ketika berada di puncak kuasa?

Adakah rakyat masih lagi mahu mengharungi penderitaan yang sama untuk 5 tahun yang akan datang?

Sudah lupakah kita kepada rakan-rakan dan saudara mara kita yang membunuh diri kerana kerakusan kuasa mereka?

Kalau itu yang rakyat Malaysia mahukan, maka berilah kepada mereka sekali lagi dan bersedialah dengan kehancuran yang maha dahsyat untuk tempuh 5 tahun lagi.

Kalau tidak, tolaklah PH 2.0, walau dengan nama dan wajah apa pun yang mereka gunakan.

Kerana cuma nama dan wajah parti yang berbeza tetapi nafsu pemimpinnya tetap sama.

 

Negara Akan Hancur Sekiranya PH 2.0 (Khemah Besar) Berkuasa Semula Di Putrajaya

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button