Akhirnya Hadi Awang Mengakui Beliau Dan Muhyiddin Adalah Dalang Menjatuhkan PH, Bukannya UMNO

Akhirnya Hadi Awang Mengakui Beliau Dan Muhyiddin Adalah Dalang Menjatuhkan PH, Bukannya UMNO

Akhirnya Hadi Awang Mengakui Beliau Dan Muhyiddin Adalah Dalang Menjatuhkan PH, Bukannya UMNO

Pakatan Harapan sering menuduh pemimpin UMNO gila kuasa dan menjadi perancang utama kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

Hujah yang sering digunakan ialah berlakunya Langkah Sheraton.



Bagi Pakatan Harapan, ianya merupakan bukti yang cukup kukuh bagaimana setelah gagal di dalam PRU 14, UMNO merampas kuasa dengan jalan pintu belakang.

Walau pun sudah berulang kali dijelaskan bahawa pemimpin UMNO tiada kaitan, malah tidak tahu sama sekali mengenai rancangan Langkah Sheraton.

Pendedahan yang dibuat oleh prsiden PAS, Hadi Awang, membuktikan bahawa Langkah Sheraton sebenarnya tidak bermula dari pemimpin UMNO.

Tetapi Langkah Sheraton dimulakan oleh pemimpin yang berada bersama-sama Pakatan Harapan ketika itu, Muhyiddin Yasin.



Malah secara terbuka Hadi Awang mendedahkan, perbincangan antara PPBM dan PAS mengenai Langkah Sheraton telah dimulakan sebelum ianya berlaku.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/10/22/saya-gerakkan-langkah-sheraton-calonkan-muhyiddin-sebagai-pm-kata-hadi/

Malah Hadi mengakui, perbincangan awal antara beliau tidak disertai oleh pemimpin UMNO.



Hanya setelah persetujuan antara beliau dan Muhyiddin dicapai, barulah Hadi memaklumkannya kepada pemimpin UMNO untuk memujuk UMNO supaya bersama mereka.

Malah Hadi juga mengakui bahawa beliaulah yang telah mencadangkan Muhyiddin supaya dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Langkah Sheraton berjaya.

Untuk rekod, Langkah Sheraton berlaku pada malam 23 Februari 2020 apabila berlaku pertemuan beberapa pemimpin politik di Hotel Sheraton.

Ini bermakna, perbincangan antara Muhyiddin dan Hadi sudah berlaku beberapa hari lebih awal dari itu dan ianya tidak melibatkan pemimpin UMNO.



Ini diakui oleh Hadi sendiri di dalam pendedahan beliau.

Pemimpin UMNO Berada Di ILMU, Janda Baik, Pahang Ketika Hadi Dan Muhyiddin Merancang Menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan

Ketika berlakunya perbincangan antara Muhyiddin dan Hadi, sehingga petang 23 Februari 2020, pemimpin UMNO dan sebahagian pemimpin PAS berada di ILMU, Janda Baik, Pahang.

Pertemuan pemimpin UMNO dan PAS itu di bawah program Pemukiman Muafakat Nasional, malah pada petang 23 Februari 2020, Tuan Ibrahim membuat ucapan penutup program.



Baca di sini:

1) https://umno-online.my/2020/02/23/penutup-program-pemukiman-muafakat-nasional/

2) https://www.astroawani.com/berita-politik/mesyuarat-umnopas-selesai-mt-umno-berkumpul-di-pwtc-231464

Sangat jelas di sini, yang menjadi dalang untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan ialah Muhyiddin dan Hadi Awang.



Dengan menggunakan alasan keraba kerajaan Pakatan Harapan mengiktiraf ICERD, Hadi dan Muhyiddin sebenarnya sudah mengkhianati mandat pengundi PRU 14.

Apakah tindakan mereka ini sah dan halal dari sudut perlembagaan, akan penulis kupas dalam tulisan yang akan datang.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button