Terbukti Rafizi Hanya Politikus Yang Tidak Ada Halatuju

Terbukti Rafizi Adalah Politikus Yang Tidak Ada Halatuju Kepimpinan Yang Jelas

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli memang sangat dikenali sebagai seorang politikus yang sering menabur fitnah dan membuat tuduhan liar tidak berfakta ke atas musuh politik beliau.

Kelebihan utama Rafizi ialah kebolehan beliau menghasut dan membuat rakyat percaya dengan penipuan beliau.



Malah Rafizi sendiri pernah akui, segala-galanya dilakukan hanya kerana mahu memenangi pilihanraya.

Tetapi adakah Rafizi mempunyai halatuju dan perancangan yang jelas dalam perjuangan beliau di dunia politik?

Atau tujuan utama beliau hanyalah untuk mendapat jawatan dan kuasa melalui politik?

Rafizi Hilang Punca Apabila Mengulas Bajet 2023



Rafizi yang selama ini dilihat oleh penyokong beliau sebagai pemimpin pelapis untuk masa hadapan, hilang punca apabila diminta mengulas mengenai Bajet 2023.

Ianya terbukti dalam satu siaran langsung untuk mengulas mengenai Bajet 2023, yang dibuat oleh TV3.

Rafizi telah digandingkan dengan Johari Ghani bekas Menteri Kewangan II dari UMNO/BN.

Apabila ditanya mengenai punca sebenar kemelesetan ekonomi dan juga punca kejatuhan nilai ringgit, Rafizi sekadar beretorik di dalam jawapan beliau.



Beliau tidak dapat mengenal pasti apa yang menjadi punca sebenar kegawatan ekonomi negara dan nilai ringgit menjadi semakin lemah.

Rafizi juga gagal memberikan jawapan yang tuntas apabila ditanya apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk mengekang kegawatan ekonomi dan kejatuhan ringgit.

Terbukti Rafizi Hanya Politikus Yang Tidak Ada Halatuju

Untuk rekod, latarbelakang akademik Rafizi adalah di dalam bidang perakaunan.



Jadi amat menghairankan apabila beliau gagal mengupas persoalan yang diberikan dengan baik.

Johari Ghani pula dilihat berjaya menjelaskan dengan baik punca sebenar kegawatan ekonomi dan cabaran yang menanti pada tahun hadapan.

Malah Johari juga mampu memperincikan beberapa langkah yang mesti diambil supaya masalah ekonomi dapat dikekang kalau pun tidak sepenuhnya diatasi.

Penulis tidak dapat membayangkan sekiranya Pakatan Harapan diberikan semula kuasa dan Rafizi pula dilantik sebagai Menteri Kewangan.



Mungkin pencapaian Rafizi akan sama dan tidak mustahil akan lebih teruk dari pencapaian Lim Guan Eng sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan.

Tidak tahu apa punca sebenar kepada masalah ekonomi dan tidak tahu untuk mempelbagaikan pendapatan negara.

Satu-satunya penyelesaian yang mampu difikirkan ialah dengan menjarah duit Petronas dan menjual aset negara untuk menampung perbelanjaan negara.

Jangan beri mereka peluang untuk berkuasa semula, kelak akan hancur negara.



 

Terbukti Rafizi Adalah Politikus Yang Tidak Ada Halatuju Kepimpinan Yang Jelas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button