Kazar Tampil Bersuara – ‘Kalau Boleh Berdamailah..’
Anak Didakwa Punca Keretakan Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof
Anak kepada pelakona veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang merupakan pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof.
Kazar akhirnya membuka mulut mengenai isu anaknya itu selepas sekian lama mendiamkan diri.
Kazar tampil bersuara
Menurut pemilik nama Kazaruddin Saisi, dia berharap agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berdamai kerana berpendapat ia bukanlah masalah yang besar.
Walau bagaimanapun pelakon itu enggan mengulas lebih lanjut kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.
Tak tahu lah nak komen apa kerana kes ni masih dalam proses mahkamah. Lagipun ini bukan hal saya. Ini kerja Allah kita tak boleh buat apa. Semua kena tanya Dia.
Saya harap kalau boleh berdamailah. Bukan masalah besar sangat.
Jangan komen terlalu kasar
Dalam pada itu, pelakon berusia 63 tahun ini turut menasihatkan warganet agar tidak terlalu kasar apabila memberi kecaman terhadap anaknya, Ira Kazar.
Saya nasihatkan kepada netizen supaya jangan terlalu kasar sangat bahasa tu. Komen yang baik-baik. Ini semua kerja Tuhan.
Ira pula, kami satu keluarga support dan sentiasa berada disisinya.
Sebelum ini, Ira hadir memberi keterangan kerana didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Susulan daripada itu, dia disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Sumber : Gempak
Kazar Tampil Bersuara – ‘Kalau Boleh Berdamailah..’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Maslan perjelas kenapa UMNO tolak pelawaan berpakat untuk benam Anwar Ibrahim di Tambun
- Tiada keperluan ‘kerusi tradisi’ dalam BN
- Melayu tempah kecelakaan jika percaya pada hikayat dongeng “Agenda Melayu” Mahathir.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :