PKR bergelora, konflik pemilihan calon

Bapa, isteri dan anak jadi calon 'nepotisme'

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PKR bergelora, konflik pemilihan calon mula dipertikaikan
PKR – Anwar Ibrahim

PKR – Parti Keadilan Rakyat, dikatakan sedang bergelora kerana konflik pemilihan calon PRU15 sudah mula dipertikaikan. Ini berikutan pertukaran tempat bertanding serta penyisihan nama-nama besar Parti Keadilan Rakyat dari senarai calon.

Bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam nada kecewa meluahkannya menerusi media sosial beliau.



Nama Tian Chua langsung tidak tersenarai sebagai calon bagi mewakili PKR dalam PRU15 yang akan diadakan pada November depan. – Tian Chua

Difahamkan sumber dalaman PKR mula mengorak langkah untuk memprotes keputusan parti dengan tidak keluar mengundi pada 5 November nanti. Bagi mereka, apa guna selama ini berjuang tetapi akhirnya yang membuat kerja dipinggirkan kerana memberi laluan kepada nama besar PKR.

PKR bergelora, konflik pemilihan calon mula dipertikaikan
PKR- Anwar Ibrahim

Sesuatu yang amat sukar ahli PKR terima apabila calon yang mereka harapkan bukanlah anak tempatan tetapi disebabkan ego pemimpin PKR, calon luar diletakkan di tempat tertentu.

“Apabila ahli parlimen dan kerusi dirombak seperti bermain terup, ia bukan sahaja merugikan akar umbi parti, malah mengecewakan pengundi yang setia menyokong kita.



“Ketika kita bergerak untuk menyerang pihak lawan, kita juga mesti berjaga-jaga agar tidak kehilangan kubu kita,” – Tian Chua – 29 Oktober 2022

Tian Chua dalam pada itu, mengingatkan kepimpinan PKR sendiri percaturan ‘daun terup’ yang dilakukan kini akan mengundang padah.

PKR semalam telah mengumumkan senarai penuh calon yang akan bertanding di Parlimen. 



Paling menarik perhatian ialah Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar dan Anwar Ibrahim sendiri bertanding, manakala Rafizi kemabli ke Parlimen Pandan.

Jelas ‘nepotisme’ diamalkan dalam politik PKR dan telah menjadi amalan PKR untuk melakukan ‘nomad politik’ setiap kali berlakunya PRU.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button