Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang

Digantung keahlian PBM

 

Oleh – Editor


Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mungkin tidak dapat bertanding di Ampang ekoran penggantungan beliau sebagai ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Datuk Larry Sng Wei Shien, yang mendakwa masih Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang sah, menggantung Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai ahli parti itu.

Larry turut bertindak menggantung 12 Ahli Majlis Tertinggi PBM.

Penggantungan ini akan menjejaskan peluang Zuraida mempertahankan kawasan Ampang. Dipercayai konflik ini akan berterusan dan akan ada rombakan besar-besaran dilakukan dalam masa terdekat.

Zuraida tidak dapat bertanding di Ampang

Beliau berkata, penggantungan itu berdasarkan Perlembagaan PBM Fasal 60 (iii) yang dilakukan kerana pembabitannya berterusan mereka yang didapati menggugat kepentingan parti dan kepimpinannya.

12 individu itu seperti berikut – 



  • Haniza Mohamad Taha
  • Dr Daroyah Alwi
  • Rahimah Majid
  • Dr Sathiskumar Govindaraju
  • Muhammad Saiful Bahari Sahari
  • Na’im Brundage
  • Abdul Aziz Abdul Kadir
  • Zakaria Abdul Rahim
  • Muniraa Abu Bakar
  • Datuk Chua Lian Chye
  • Datuk Roger Tan Seng Huat 
  • Albakri Salim

    Larry berkata, surat penggantungan itu telah dihantar kepada mereka secara individu.

    Mesyuarat Majlis Tertinggi akan diadakan pada 30 Oktober 2022 di Sarikei, Sarawak memandangkan perkara itu adalah mendesak, untuk membincangkan dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

    “Saya akan melaksanakan peruntukan Fasal 21 (ii) perlembagaan parti untuk membolehkan mesyuarat diadakan kurang daripada notis tujuh hari seperti yang diperuntukkan.” – Larry Sng

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button