Garuda hanya ambil keuntungan 2.5 peratus kos penerbangan haji

Garuda hanya ambil keuntungan 2.5 peratus kos penerbangan haji

Garuda hanya ambil keuntungan 2.5 peratus kos penerbangan haji
IRFAN SETIAPUTRA

JAKARTA: Pengarah utama Garuda Indonesia, Irfan Setiaputra mengakui pihaknya hanya mengambil keuntungan sebanyak 2.5 peratus selepas cadangan kos penerbangan haji 2023 dipotong kepada 32.7 juta rupiah (RM9,437).

Pemotongan berkenaan dilakukan berdasarkan kesepakatan antara syarikat milik kerajaan itu bersama Kementerian Agama berikutan cadangan penerbangan haji yang pada mulanya menelan belanja 33.4 juta rupiah (RM9,624).

Menurut Irfan, cadangan pengurangan kos penerbangan haji itu telah dirundingkan sebanyak tiga kali.



“Dalam rundingan pertama, kos penerbangan untuk haji 2023 menurun sebanyak 500,000 rupiah (RM144). Dalam rundingan kedua, kos menurun lagi pada kadar sama dan menerusi rundingan ketiga, saya sekali lagi memutuskan untuk menurunkan lagi 212,900 rupiah (RM61.37). Justeru, saya meminta kefahaman semua pihak.

“Jadi harap maklum, kita memang akan ambil hanya 2.5 peratus daripada margin. Ada risiko ke atas kita, tetapi kita akan cuba uruskannya sebaik mungkin,” kata Irfan dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Kerja dan Kementerian Agama kelmarin.

Irfan mendedahkan bahawa syarikat milik kerajaan itu telah mempertimbangkan dan mengambil pelbagai risiko berikutan usaha mengurangkan kos haji tahun ini.

“Ada 3 perkara utama yang perlu dipertimbangkan. Komponen pertama ialah harga minyak pesawat yang ditetapkan lebih rendah daripada harga semasa.



“Komponen kedua ialah nilai tukaran dolar Amerika Syarikat (AS) yang ditambat pada 15,150 rupiah bagi satu dolar AS, menurut perjanjian antara Kementerian Agama dan Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH) kerana banyak komponen kami berjalan dalam dolar.

“Ketiga, tentang harga sewa kapal terbang. Namun, harga sewa ini tidak dirundingkan sama sekali. Saya terkejut apabila mendapat berita harga sewa kapal terbang meningkat 30 peratus tetapi kami masih mengira harga sewa yang sama seperti tahun 2019,” jelas Irfan.

 

Peniaga kecil Indonesia terjejas teruk akibat kenaikan harga bahan bakar



Garuda hanya ambil keuntungan 2.5 peratus kos penerbangan haji

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button