Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser

Walaupun Sembuh Daripada Disihir

Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser

Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser
Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser

Baru-baru ini, Azwan Ali telah memaklumkan bahawa dia sudah sembuh akibat disihir oleh individu yang dikenalinya dalam industri hiburan.

Menurut pengacara sensasi itu, dia akui ia tidak akan berhenti mengubah karakter mulut ‘lasernya’ walaupun pernah menjadi mangsa ilmu hitam.

Malah, bagi Azwan pengalaman disihir itu juga akan menjadi memori buruk yang diingat sampai bila-bila namun akui tidak menyimpan dendam seperti dinasihati oleh ustaz yang merawat.



Saya tetap akan lantang dengan sebarang isu semasa kerana konsep ‘makikan sahaja’ sudah sebati sebab dari dulu memang saya akan menentang perkara tidak masuk akal.

Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser

 

Dalam pada itu, Azwan atau Diva AA yang dikenali dengan mulut lantangnya dia tidak akan menyentuh isu yang membabitkan 3R iaitu raja, agama dan kaum.

Tambahan, Diva AA juga berkata lantang bersuara adalah bertujuan perubahan dan dia tidaklah membuat bising semberono dan tahu ramai nampak niatnya yang sebenar.



Saya bukan meroyan tidak tentu fasal. Saya akan terus ‘bantai’ sebarang isu sebab bukan buat fitnah. Terpulang pada masing-masing untuk menilai diri ini.

Pendedahan ini adalah pengajaran untuk semua kerana jangan main-main dengan sihir. Saya anggap ini adalah ujian dan peristiwa ini membuatkan saya lebih sedar diri. Rasa seperti mati hidup semula.

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah, Personaliti TV, Azwan Ali kecewa dengan abangnya sendiri, Azmin Ali dan perkara itu diluahkan di media sosialnya.

Kredit: Utusan Malaysia



Azwan Ali Tetap Dengan Karakter Mulut Laser


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button