Warga emas dihanyutkan arus deras banjir kilat ditemui lemas

Warga emas dihanyutkan arus deras banjir kilat ditemui lemas

Warga emas dihanyutkan arus deras banjir kilat ditemui lemas
Foto hiasan.

KUANTAN: Warga emas yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika meredah banjir kilat di pekan Sungai Lembing, di sini, petang semalam, ditemui lemas tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata mayat Lee Yie Chong, 62, yang juga pemilik sebuah kedai di Sungai Lembing ditemui pada jam 12.45 tengah malam.

“Mangsa ditemui oleh oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan longkang Kampung Jelihan Sungai Lembing kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dihanyutkan.



“Operasi SAR ditamatkan serta merta dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan meredah air pada paras pinggang bersama isteri dan anak lelakinya untuk ke kereta di kawasan tinggi di seberang jalan untuk pulang ke rumah selepas selesai memindahkan barang ke tingkat atas kedai mereka pada jam 7 malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Anwar Sudah Overkilled Mahathir




Ketika dalam perjalanan ke kereta, mangsa yang berada di tengah antara isteri dan anaknya memberitahu kepenatan sebelum hilang dihanyutkan arus deras.

Isteri dan anak mangsa difahamkan sempat berpaut di sebatang tiang sebelum diselamatkan.

Banjir kilat itu susulan hujan lebat sejak jam 3 petang menyebabkan air sungai melimpah memasuki pekan Sungai Lembing manakala air dari kawasan bukit pula memenuhi jalan raya dan lorong di lokasi terbabit.



 

Warga emas dihanyutkan arus deras banjir kilat ditemui lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir – Untuk Buka Kertas Siasatan Perlukan SD Bukan Laporan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button