Red flag buat pengundi Shah Alam
DR. AFIF BAHARDIN (tengah) tiba di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam sebelum menjalani proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam dalam PRU15, hari ini.
Oleh Azrin Muhammad
SHAH ALAM – Setelah gagal membuktikan kewibawaan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin kini acah-acah suci menjadi calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam.
Penduduk di kawasan Shah Alam terdiri daripada golongan elit dan celik teknologi maklumat (IT), sudah tentu perangai tercela Afif yang pernah dipecat sudah dapat dihidu sebelum beliau menjejakkan kaki di ibu negeri Selangor ini.
Rekodnya sebelum ini sememangnya buruk apabila bertindak melompat parti ekoran digantung serta dipecat lembaga disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua tahun lalu.
Dalam masa sama, Afif juga telah digugurkan sebagai Exco Pulau Pinang menyebabkan haknya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilucutkan serta-merta.
Pengundi Shah Alam perlu mengambil kira nasib penduduk Seberang Jaya yang sudah menjadi mangsa kepada Afif kerana hal yang sama masih boleh berlaku.
Jangan kata tidak menjaga kawasan yang telah dimandat, malah batang hidung juga jarang dapat dilihat, apatah lagi bertanya khabar soal kebajikan penduduk sekitar.
Sikap tidak komited seperti itu perlu menjadi satu penyebab utama mengapa pengundi Shah Alam menolak janji-janji manis yang akan ditabur Afif sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Rekod dan khidmat bakti yang diberikan oleh beliau di Pulau Mutiara itu sememangnya sesuai dijadikan sebagai red flag dalam kalangan pengundi Shah Alam agar tidak mendapat nasib yang sama.