Khemah penyokong GTA macam tak wujud

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Khemah penyokong Gerakan Tanah Air (GTA) seolah-olah tidak wujud ketika proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam gara-gara tenggelam dek keriuhan penyokong parti lain.

Acara yang berlangsung di Dewan Teratai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Shah Alam hari ini menyaksikan khemah penyokong GTA hanya dihadiri tidak sampai 100 orang penyokong berpakaian serba putih.



Kesemua penyokong dilihat bermandi keringat apabila perlu bekerja keras melontarkan sokongan terhadap calon mereka iaitu Muhammad Rafique Rashid Ali.

Tambah memenatkan, suara mereka terus tenggelam dengan laungan sokongan daripada khemah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang terletak di kanan dan kiri mereka.

Jika difikirkan, tidak salah membuat latihan vokal menjelang tempoh berkempen yang akan bermula tidak lama lagi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button