PAS Di Tuntut Memberi Penjelasan Terhadap Pendedahan Khairuddin At Takiri
PAS Di Tuntut Memberi Penjelasan Terhadap Pendedahan Khairuddin At Takiri
Pendedahan yang telah dibuat oleh mantan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS dan juga AJK Pimpinan Pusat PAS, Dr Khairuddin At Takiri, mengejutkan banyak pihak.
Selama ini pemimpin PAS sering memberikan gambaran bahawa kononnya yang khianat kepada piagam Muafakat Nasional adalah pemimpin UMNO.
Pelbagai tuduhan lain dilemparkan kepada pemimpin UMNO terutamanya presiden UMNO.
Tetapi Dr Khairuddin telah mendedahkan bahawa kegagalan Muafakat Nasional adalah berpunca dari PAS akibat dari percaturan ‘little napoleon’ di dalam PAS.
Dr Khairuddin juga mendedahkan bahawa sebenarnya pemimpin UMNO ikhlas dan berusaha supaya kerjasama dalam Muafakat Nasional menjadi kenyataan.
Malah keangkuhan dan kerakusan kepada kuasa ‘little napoleon’ telah membuatkan segala usaha yang dilakukan UMNO sebagai sia-sia.
Ianya adalah kerana ‘little napoleon’ di dalam PAS berkeras mahu menjalinkan kerjasama dengan PPBM untuk meraih keuntungan peribadi.
Jutaan ahli UMNO dan juga puluhan juta rakyat di luar sana sedang menanti jawapan dan penjelasan yang tuntas dari pemimpin PAS.
Apakah benar seperti yang didakwa oleh Dr Khairuddin itu?
Namun setakat ini, pemimpin PAS masih lagi dilihat mengambil sikap membisu dan mendiamkan diri dari memberikan respon.
Kalau ada pun kenyataan dari pemimpin PAS, ianya dilihat sekadar jawapan untuk mengalihkan persoalan yang sebenar.
Pemimpin PAS Masih Lagi Mengambil Sikap Membisu
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim hanya mengatakan kalau mereka khianat, PAS akan serang habis-habisan.
Malah beliau tidak lupa untuk meratib nama mantan perdana menteri, DS Najib dan juga nama presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/642007
Manakala salah seorang anggota Majlis Syuara Ulamak, Wan Senik, pula berkata, kita tunggu Khairuddin rebah, baru kita dekati.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/642178
Puluhan juta rakyat di luar sana mahu tahu:
- Adakah benar wujud ‘little napoleon’ di dalam PAS?
- Benarkah segala keputusan untuk bersama PPBM dalam PN dibuat oleh ‘little napoleon’?
- Siapakah ‘little napoleon’ yang selama ini bermaharajalela di dalam PAS?
Sekiranya PAS menganggap ini adalah isu dalaman PAS dan orang luar tidak perlu campur, maka anggapan itu adalah salah.
Gagalnya Muafakat Nasional berarti putusnya kemesraan persaudaraan masyarakat Islam di Malaysia.
Dan masyarakat Islam di Malaysia tidak hanya merangkumi 1 juta ahli PAS, tetapi ianya merangkumi puluhan juta rakyat Malaysia.
PAS Di Tuntut Memberi Penjelasan Terhadap Pendedahan Khairuddin At Takiri
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN
- Siapa Little Napoleon Di Dalam PAS
- Siapa Di Belakang Surat Aku Janji Menyokong Zahid Sebagai PM?
- Dr Khairuddin Dan Che Abdullah Sah Calon BN, Noh Omar Gugur