Eriksen tersenarai skuad Piala Dunia Denmark

COPENHAGEN: Pemain tengah Manchester United, Christian Eriksen, yang mengalami cardiac arrest pada Euro 2020, adalah seorang daripada 21 pemain dinamakan Kasper Hjulmand hari ini dalam skuad Piala Dunia Denmark dengan jurulatih itu dijangka memuktamadkan baki lima lagi pemain tidak lama lagi.

Senarai penuh mesti dihantar Isnin depan, pada hari yang sama pasukan itu berlepas ke Qatar.

“Ada 10 hingga 12 pemain bersaing untuk mendapatkan tempat terakhir,” kata Hjulmand.



“Banyak yang boleh berlaku. Ia tidak pasti, tetapi ia laluan yang betul. Ada baki dua perlawanan untuk kebanyakan pemain dan ada perkara boleh berubah.”

Eriksen tidak bermain selama lapan bulan selepas tumbang ketika perlawanan pembukaan Denmark pada Kejohanan Eropah berdepan Finland di Copenhagen pada 12 Jun tahun lalu.

Dia terpaksa mendapat rawatan di padang, terbaring tidak sedarkan diri untuk beberapa minit ketika penonton dan jutaan lagi di depan televisyen menyaksikan insiden mengejutkan itu.

Eriksen menghabiskan beberapa hari di hospital dan satu alat untuk membantu degupan jantungnya dimasukkan ke dalam badan seterusnya membantu pemain itu berhijrah dari Inter Milan ke Brentford dalam Liga Perdana.



Pemain biasa skuad kebangsaan, kapten Simon Kjaer juga berada dalam senarai walaupun tiada tempat buat masa ini untuk pertahanan Leicester, Jannik Vestergaard serta penyerang Leipzig, Yussuf Poulsen.

Ditempatkan dalam Kumpulan D, Denmark akan memulakan Piala Dunia 22 November ini berdepan Tunisia sebelum bertemu juara bertahan, Perancis dan Australia.

Skuad Denmark:

Penhaga gol: Kasper Schmeichel (Nice/FRA), Oliver Christensen (Hertha Berlin/GER)



Pertahanan: Daniel Wass (Brondby), Rasmus Nissen Kristensen (Leeds United/ENG), Jens Stryger Larsen (Trabzonspor/TUR), Joakim Maehle (Atalanta/ITA), Andreas Christensen (Barcelone/ESP), Simon Kjaer (AC Milan/ITA), Joachim Andersen (Crystal Palace/ENG), Victor Nelsson (Galatasaray/TUR)

Pemain tengah: Pierre-Emile Hojbjerg (Tottenham/ENG), Thomas Delaney (Seville/ESP), Christian Eriksen (Manchester United/ENG), Mathias Jensen (Brentford/ENG)

Penyerang: Mikkel Damsgaard (Brentford/ENG), Andreas Skov Olsen (Club Brugge/BEL), Jesper Lindstrom (Eintracht Frankfurt/GER), Martin Braithwaite (Silkeborg), Kasper Dolberg (Seville/ESP), Jonas Wind (Wolfsburg/GER), Andreas Cornelius (FC Copenhagen)

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button