Bekas pekerja KAHB terima pampasan

Oleh – Syeikh Baran


Bekas pekerja KAHB terima pampasan
Zafir mengadakan pertemuan bersama 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Ahad. Foto Ihsan MBI KEDAH

Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah menyerahkan pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja kepada 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zafir Annuar Ghazali berkata, pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja adalah berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing.

Menurutnya, kesemua mereka menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 seorang selepas pengumuman penutupan operasi syarikat itu sebelum ini.

“Saya telah memenuhi janji saya untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Insya-ALLAH, dalam masa dua hingga tiga bulan akan datang, tuan-tuan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan cek kepada bekas staf KAHB di Wisma Darul Aman, di sini.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan Operasi anak syarikat MBI Kedah iaitu KAHB telah ditamatkan bagi membolehkan syarikat itu melunaskan tunggakan gaji dan hutang yang diwarisi sejak sekian lama.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KAHB tidak boleh ditutup serta-merta biarpun menanggung kerugian kerana masih terikat kepada komitmen tertentu.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker