Lari sebab kawan-kawan lari

Oleh – Syeikh Baran


Lari sebab kawan-kawan lari
EMPAT tahanan Rohingnya (duduk) yang berjaya ditemui oleh penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding, Bidor, Tapah petang tadi.

“Saya lari sebab kawan-kawan lari”.

Demikian kata seorang daripada empat lelaki warga Rohingnya yang meloloskan diri dari Depoh Imigresen Sementara, Bidor di sini sebelum ditahan penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding, di sini petang tadi.

Tahanan itu yang dikenali sebagai Rahamatullah, 21, berkata, dalam kejadian pukul 9.50 malam kelmarin itu, dia hanya mengikut kawan-kawan yang melarikan diri.



“Saya lari dengan kawan-kawan dengan panjat pagar depoh imigresen sebelum masuk pekan Bidor.

“Saya masuk negara ini pada 2020 dari Bangladesh tapi terus kena tangkap sebelum ditahan di depoh imigresen,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai empat daripada 131 orang tahanan yang melarikan diri berjaya ditangkap penduduk Perkampungan Orang Asli Sanding kira-kira 15 kilometer daripada depoh tersebut pada pukul 3.30 petang, tadi.

Difahamkan, keempat-empat lelaki warga Rohingnya itu berusia dalam lingkungan 17 hingga 22 tahun.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker