54 kertas siasatan dibuka terhadap Snuppee Mall

Oleh – Syeikh Baran


54 kertas siasatan dibuka terhadap Snuppee Mall
Foto Hiasan

Sebanyak 54 kertas siasatan dibuka terhadap syarikat Snuppee Mall setelah dipercayai menipu pengguna sehingga menyebabkan kerugian lebih RM1 juta sejak 30 Januari lalu.

Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati syarikat ini mempromosikan perniagaan mereka sebagai platform untuk menjana pendapatan tambahan secara dalam talian.



“Individu yang berminat dikehendaki untuk mendaftar dan membeli pakej yang ditawarkan dengan harga serendah RM50 hingga RM13,700 dan melakukan tugasan yang diberikan.

“Nilai komisen yang diterima bagaimanapun adalah berbeza berdasarkan pakej yang disertai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pada penghujung Januari lalu, Snuppee Mall menawarkan pulangan tunai 80 peratus bagi setiap penambahan wang ke dalam akaun Snuppee sehingga menarik ramai pengguna berbuat demikian.

“Namun, pada 29 Januari lalu, pihak syarikat berkenaan mengeluarkan notis mendakwa syarikat telah muflis dan menutup semua operasi mereka.



“Siasatan bagi kes ini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana individu yang menjadi mangsa untuk tampil membuat laporan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading