Terlepas penjara kerana aksi lagak ngeri motosikal

Oleh – Syeikh Baran


Terlepas penjara kerana aksi lagak ngeri motosikal
GAMBAR fail menunjukkan Tran Thi Ngoc Trinh (tengah). – Foto VNExpress

Seorang model, Tran Thi Ngoc Trinh menerima hukuman penjara tertangguh selama setahun kerana menyiarkan video  dia melakukan aksi lagak ngeri ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi di media sosial, lapor portal berita VNExpress hari ini.

Ia bermaksud Trinh tidak akan dipenjarakan sekiranya dia tidak melanggar undang-undang sepanjang tempoh ditetapkan.



Panel hakim berkata, Trinh mempunyai rekod yang baik  dan insaf sejak dia ditangkap tiga bulan lalu.

Trinh yang didakwa mengganggu ketenteraman awam, dibebaskan selepas perbicaraan di Mahkamah Rakyat Bandar Raya Ho Chi Minh. Dia juga diletakkan dalam tempoh pemerhatian selama dua tahun.

Menurut pendakwaan, Trinh melakukan aksi lagak ngeri menggunakan motosikal berkuasa tinggi tanpa lesen di khalayak ramai di Bandar Raya Thu Duc pada 6 Oktober tahun lalu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading