Tikam rakan guna serpihan kaca

 

Oleh – Syeikh Baran


Tikam rakan guna serpihan kaca
Foto Hiasan

Pertengkaran antara dua rakan bertukar tragedi apabila salah seorang maut akibat cedera parah di leher ekoran ditikam menggunakan serpihan kaca lampu di belakang sebuah restoran Jalan Peel, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan Norhisham Mustapar berkata, pihaknya menerima laporan pergaduhan antara dua lelaki berusia 22 hingga 28 tahun itu kira-kira pukul 3.20 pagi.



Katanya, siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran antara mereka sebelum suspek bertindak menikam leher mangsa menggunakan serpihan kaca lampu.

“Akibat tikaman itu, mangsa berusia 22 tahun mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh suspek.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia manakala suspek bertindak melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju bersama Bahagian Siasatan Jenayah D9 IPK Kuala Lumpur berjaya menangkap suspek pada hari sama di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2, pada pukul 2.30 petang.



“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pertengkaran dua rakan berkenaan,” jelasnya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 7 Februari.
Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading