Bila Pak Lebai Buang Serban Dan Jubah Hanya Kerana Politik

Bila Pak Lebai Buang Serban Dan Jubah Hanya Kerana Politik

Bila Pak Lebai Buang Serban Dan Jubah Hanya Kerana Politik

YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan semua calon dan penyokong parti politik supaya berhemah di sepanjang tempoh berkempen dalam PRU 15.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/10/1014700/calon-penyokong-perlu-amal-pendekatan-berhemah-sepanjang-pru-15

Tujuan baginda bertitah sedemikian adalah untuk mengelakkan perpecahan yang boleh berlaku akibat dari mengamalkan politik kotor.

Penulis mendapat satu hantaran dari pembaca yang meminta penjelasan, adakah benar presiden UMNO ada mengeluarkan kenyataan kemungkinan kerjasama BN dan PH selepas PRU 15.

Menurut pembaca, melalui satu artikel yang disiarkan oleh portal Media Islam milik PAS bertarikh 7 November 2022, kononnya DS Zahid ada mengeluarkan kenyataan sebegitu.



Malah dilaporkan bahawa kononnya DS Zahid sudah mendapat lampu hijau dari DAP untuk melakukan kerjasama politik selepas PRU 15.

Baca di sini:

https://mediaislam.net/berita/2022/11/07/zahid-beri-bayangan-jajaran-baharu-perikatan-3-0-bersama-pkr-dap/

Dari semakan penulis mendapati artikel asal sebenarnya adalah artikel yang diterbitkan oleh portal Agenda Daily bertarikh 11 May 2021.



Baca di sini:

https://www.agendadaily.com/politik/zahid-beri-bayangan-jajaran-baharu-perikatan-3-0-bersama-pkr-dap/

Sebenarnya, laporan portal Agenda Daily terhadap komen DS Zahid ketika memberikan respon kepada wartawan ketika diwawancara sempane Sambutan Jubli Intan UMNO, dipetik di luar konteks.

Maksud DS Zahid ialah politik ini bersifat dinamik.



Dan UMNO sebagai parti politik terbesar bersifat terbuka untuk melakukan kerjasama dengan parti politik lain selepas PRU 15.

Ianya penting supaya UMNO dapat kembali ke Putrajaya dan membetulkan kerosakan yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Ketika itu, hubungan antara UMNO dan PAS masih lagi belum begitu tegang.

Dan ada kemungkinan UMNO akan kembali berkerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional.



Dan mungkin juga Muafakat Nasional akan membuka pintu kepada beberapa parti gabungan dari GRS dari Sabah dan GPS dari Sarawak.

Ini yang dimaksudkan DS Zahid Perikatan 3.0.

Dan inilah yang sedang dilakukan oleh Barisan Nasional dalam menghadapi PRU 15.

Portal Media Islam Cuba Berikan Gambaran Seolah Kenyataan Itu Adalah Kenyataan Terkini

Bila Pak Lebai Buang Serban Dan Jubah Hanya Kerana Politik



Artikel yang diterbitkan semula oleh portal Media Islam jelas mempunyai niat yang jahat dan berbaur fitnah.

Tanpa menjelaskan ianya dipetik dari artikel asal yang disiarkan pada tahun 2021, terbitan semula artikel itu cuba memberi gambaran kononnya ia adalah kenyataan terkini.

Tujuan dan matlamat portal Media Islam yang pro PAS adalah sangat jelas, untuk menghasut pengundi atas pagar supaya tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional dalam PRU 15.

Sekali lagi portal pro PAS cuba berselindung di sebalik nama ‘Islam’ untuk menaburkan fitnah yang boleh memecahbelahkan ummah.

PAS adalah sebuah parti politik yang mendabik dada dengan kata-kata parti pimpinan ulamak.

Slogan parti pimpinan ulamak sebenarnya hanyalah slogan yang dicipta untuk mengaburi rakyat.

Di zaman Rasulullah SAW dan Khulafa Ar Rasyidin sendiri, tidak ada istilah pimpinan ulamak.

Penulis tidak menafikan di dalam PAS sememangnya terdapat segelintir golongan ilmuan Islam.

Tetapi sama ada mereka layak diiktiraf sebagai ulamak atau tidak ianya adalah satu persoalan yang sangat subjektif.

Yang perlu kita tahu ialah, ulamak tidak hanya diukur melalui jubah dan serban atau pun melalui ilmu yang dimiliki.

Orang Yahudi dan Nasrani pun ramai yang menghafal 30 juzuk kitab suci Al Quran serta ribuan hadis Rasulullah SAW.

Ulamak diukur dari akhlak mereka kerana bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlah.

 

Bila Pak Lebai Buang Serban Dan Jubah Hanya Kerana Politik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button