NGO dan Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


NGO & Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?

Polis mengesahkan himpunan di hadapan Istana Negara hari ini tidak mendapat sebarang kebenaran pihak berkuasa. Kehadiran Mahathir bersama 3 wakil NGO tanpa kehadiran pemimpin Perikatan Nasional menimbulkan persoalan.

Adakah pemimpin Perikatan Nasional ‘ghaib’ atau memang sengaja menggunakan Mahathir sebagai ‘keldai tunggangan’ mereka?

Himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO)  telah berjaya ‘membodohkan’ penyokong yang dipercayai rata-rata adalah penyokong PAS untuk berhimpun dalam himpunan haram tersebut.

Terdahulu, himpunan dan penyerahan memorandum itu dijadual  dilakukan oleh Sekretariat Gerakan Rakyat di hadapan Pintu 2, Istana Negara pada 10.30 pagi.

Berdasarkan surat tular yang didakwa dikeluarkan oleh Pemuda Pas Selangor, parti itu turut menyokong dan meminta penyokong hadir ke program berkenaan. – Laporan 22/1/2024

Menurut laporan media, lebih dari 1,000 orang hadir ke himpunan tersebut. Semalam, pihak PDRM mengesahkan pihak mereka tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana NGO untuk berhimpun di hadapan Istana Negara.

“Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields mengesahkan menerima maklumat mengatakan NGO iaitu Pembela Tanah Air (Peta) akan mengadakan Himpunan Rakyat dan penyerahan memorandum pada 11 pagi di Istana Negara, esok

“Bagaimanapun, setakat ini polis masih tidak menerima sebarang notis permohonan daripada pihak penganjur,” – Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor – 22/1/2024

Mengapa Mahathir yang nampaknya lebih menonjol dalam hal ini? Dipercayai tindakan Mahathir ada kaitan dengan sidang media beliau semalam yang mencabar agar Parlimen dibubarkan.

Ada spekulasi menyatakan antara sebab Mahathir nampak paling ke hadapan dalam hal ini adalah kerana mahu menakut-nakutkan pihak berkuasa yang sedang menyiasat anaknya.

NGO & Mahathir sahaja hadir ke Istana, Perikatan Nasional ghaib?
Foto – Berita Harian

 

Mahathir yang sangat bijak memanipulasi emosi rakyat untuk berpihak kepadanya dipercayai mahu YDPA Agong turut campurtangan dalam berkaitan siasatan terhadap kawan karib serta anaknya dan bukannya mahu membawa apa yang dikatakan sebagai ‘suara rakyat’.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker