Kelly Azman Ralat Pernah Kena ‘Ludah’ Rakan Sendiri
Tapi Tak Mahu Ada Dendam; "Siap Cakap Siapa Saya, Tak Layak Dan..."
Kelly Azman Ralat Pernah Kena ‘Ludah’ Rakan Sendiri
Selebriti versatil, Kelly Azman tidak menafikan ada individu yang sebelum ini pernah menempelak dirinya, tiba-tiba cuba untuk kembali mesra dan berbaik semula.
Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia tidak terkejut dengan situasi yang berlaku dan menyifatkan ia sebagai suatu hal lumrah, yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Memang wujud, tidak saya nafikan. Malah ada yang tiba-tiba mulai mesej saya balik yang mana pernah satu ketika, pernah ‘ludah’ kita. Katanya saya ni tidak setaraf dengannya. Kita ni di dalam satu industri yang kecil dan sering berkerjasama.
“Namun bila ada yang mulai dapat rezeki lebih, tiba-tiba perangai jadi lain. Mula menjauhkan diri dan tidak mahu lagi sama-sama buat ‘job’ dengan saya. Jadi kita ni dirasakan ‘sendu’ di mata mereka. Siap cakap siapa saya, tak layak dan sebagainya.
“Tapi tidak mengapalah sebab sekarang ada yang datang balik. Saya tidak membenci jauh sekali nak berdendam. Cuma selepas ini kita akan lebih berhati-hati. Nak cari kawan yang boleh susah senang bersama bukan hal yang mudah,” katanya kepada MH.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
- Masih Relevankah Alasan 22 Bulan Tidak Cukup Untuk Bangunkan Negara
- Bila PN Berikan Pujian Kepada PH, Apa Maksudnya
Kelly berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Single, Dustakan Cinta di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Mengulas mengenai single keempatnya ini, Kelly bertuah kepada menerima kepercayaan daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia seni tempatan.
“Bila terima melodi naskhah tersebut daripada Mohariz Yaakup kira-kira dua tahun lalu, liriknya masih belum ada. Jadi saya cuba hubungi dan memang berniat mahukan Allahyarham Iman Imran untuk nukilkan lirik bagi lagu ini, namun arwah cadangkan saya untuk gunakan penulis lirik baharu, yang mana mereka juga teman saya.
“Bila saya terima liriknya, kami cuba lalukan beberapa penambahbaikan untuk menghasilkan sebuah karya yang baik. Jadi begitulah prosesnya. Ia dipermudahkan hasil sokongan semua.
“Jujurnya, komposer bayangkan andai lagu ini dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dia pun baru dedahkan perkara tersebut kepada saya sejurus karya ini siap. Katanya dia membayangkan kalaulah Siti yang nyanyi bagaimana jadinya. Cuma ketika itu, beliau rasa segan untuk pelawa penyanyi terkenal tersebut,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya, Kelly yang juga juri program All Together Now Malaysia mengakui terharu atas sokongan ramai.
“Sudah tentulah saya terharu, tak percaya pun ada. Memang akan ada yang kata siapa Mohariz Yaakup? Tapi kalau kita ‘study’ balik profil seninya, beliau bukan calang-calang. Rasa bertuah juga sebenarnya.
“Sebab itulah saya percaya kepada rezeki. Saya terima pelawaan ini pun ketika membuat ‘konsert’ di media sosial yang mana ia turut menerima sambutan baik rakan artis yang sama-sama sertai ‘IG Live’ tersebut. Awalnya hanya nak buat suka-suka memandangkan ketika itu kita semua berada dalam fasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
“Tak sangka ia jadi sesuatu yang bermakna untuk kerjaya seni saya. Daripada situ ada peminat baru yang mula mengenali, syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
Kelly Azman Ralat Pernah Kena ‘Ludah’ Rakan Sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di tolak oleh rakyat , Mahathir dalam sindrom penafian.
- Anwar akan kerjakan Mahathir dan Daim jika Pakatan Harapan menang PRU15.
- Shahidan Bakal Cabar Hadi Awang Dalam Muktamar PAS Akan Datang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :