Potter pertahan Sterling



COBHAM, ENGLAND – NOVEMBER 08: of Chelsea during a training session at Chelsea Training Ground on November 8, 2022 in Cobham, England. (Photo by Darren Walsh/Chelsea FC via Getty Images)

MANCHESTER, United Kingdom: Bos Chelsea, Graham Potter menegaskan bahawa Raheem Sterling akan mengatasi masalah persembahan buruknya menjelang Piala Dunia kerana pemain sayap England itu sudah membuktikan kualiti terbaiknya pada peringkat tertinggi.

Sterling bergelut sejak menyertai Chelsea dari Manchester City pada penamat musim.

Pemain berusia 27 tahun itu hanya menjaringkan dua gol sejak ketibaan Potter pada 8 September bagi menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat dan aksi terbaharunya dipamerkan ketika Chelsea tewas 1-0 di tangan Arsenal Ahad lalu.

Walaupun prestasinya semakin menurun, Sterling dijangka akan menjadi tonggak buat skuad kendalian Gareth Southgate ketika Piala Dunia akan berlangsung di Qatar dua minggu lagi.



Potter yakin rekod baik Sterling akan memastikan dia kembali ke tahap terbaik tidak lama lagi.

“Anda boleh melihat reaksinya dan dia memang jujur,” kata Potter menjelang pertemuan Piala Liga Chelsea menentang Manchester City awal pagi esok.

“Pemain melalui tempoh dalam karier mereka apabila ia tidak positif dan kadangkala apa sahaja disentuh mereka seperti emas.

“Saya rasa anda tidak boleh menuding jari kepada individu. Pasukan berfungsi seperti yang saya mahukan.



“Itu memberi kesan kepada individu dan Raheem adalah sebahagian pasukan. Kerja yang perlu kami lakukan ialah memperbaiki pasukan dan strukturnya.

“Saya tidak meragui kualiti dan kebolehan Raheem. Dia sudah terbukti antara pemain terbaik.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker