FA berjaya tambah hukuman Klopp

Liverpool’s German manager Jurgen Klopp looks on from the touchline prior to the UEFA Champions League group A football match between Ajax Amsterdam and Liverpool at the Johan Cruijff ArenA in Amsterdam, on October 26, 2022. (Photo by JOHN THYS / AFP) (Photo by JOHN THYS/AFP via Getty Images)

LONDON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp digantung satu perlawanan selepas Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris merayu keputusan yang hanya mendendanya kerana membantah pengadil.

Klopp pada awalnya didenda 30,000 pound (RM164,000) oleh jawatankuasa bebas susulan bantahannya terhadap pengadil, Anthony Taylor ketika kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada 16 Oktober.

FA merasakan hukuman itu terlalu ringan dan lembaga rayuan bebas kini melarang pengendali dari Jerman itu daripada berada di tepi padang untuk satu perlawanan, berkuat kuasa serta merta.

Klopp tidak akan berada di bangku simpanan pasukan ketika Liverpool menerima kunjungan Southampton di Anfield malam ini.



“Lembaga Rayuan bebas membenarkan rayuan FA ke atas keputusan Jawatankuasa Disiplin Bebas berkaitan kes membabitkan Jurgen Klopp.

“Hasilnya, pengendali Liverpool FC itu digantung daripada berada di tepi padang untuk satu perlawanan serta merta, didenda 30,000 pound (RM164,000) serta diberi amaran.

“Jurgen Klopp sebelum ini mengakui dia melanggar peraturan E3 FA ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City pada Ahad, 16 Oktober 2022 dan didenda 30,000 pound (RM164,000),” kata FA.

Klopp membantah pegawai perlawanan ketika perlawanan itu selepas Bernardo Silva mengasari Mohamed Salah tetapi tidak dikenakan tindakan.



Pada September, FA melancarkan kempen “Enough Is Enough” bagi menangani isu penghinaan di semua peringkat dalam sukan berkenaan.

FA merasakan pengurus-pengurus pasukan perlu menjadi contoh kepada akar umbi dalam menunjukkan sikap terpuji.

“Adakah wajar saya digantung? Saya tidak tahu. Saya tidak berada dalam situasi itu, saya tidak pernah menerima kad merah, atau kad kuning,” kata Klopp sehari selepas dia menerima hukuman denda sahaja.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button