Hadi Awang: Isytihar Harta Satu Kebodohan!!!



Hadi Awang: Isytihar Harta Satu Kebodohan!!!

Timbalan Pengerusi PN yang juga merupakan presiden PAS, Hadi Awang, menganggap pengistiharan harta sebagai satu kebodohan.

Hadi menganggap perbuatan itu ibarat seperti mahu menunjukkan kebaikan diri sendiri kepada umum.

Hadi Awang: Isytihar Harta Satu Kebodohan!!!

Bagi penulis, kenyataan Hadi itu sama seperti menganggap semua pemimpin parti politik yang telah mengisytiharkan harta mereka sebagai bodoh dan mahu menunjuk kebaikan.



Namun begitu Hadi lupa, 3 tahun dahulu, beliau pernah memberikan 3 hukum mengenai pengisytiharan harta.

Ketika itu Hadi mendakwa mengisytihar harta boleh menjadi wajib, sunat atau pun haram.

Mengikut ‘fatwa’ yang dikeluarkan oleh Hadi ketika itu, mengisytiharkan harta adalah wajib bagi orang yang berkemungkinan menerima rasuah.

Dan ia juga wajib bagi orang yang mahu melarikan diri dari zakat atau cukai.



Adakah Hadi lupa beliau dikatakan telah membayar Claire Rewcastle Brown, sebanyak RM1.4 juta sebagai bayaran menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Apakah ini tidak meletakkan Hadi Awang sebagai seorang yang berkemungkinan terlibat di dalam perbuatan sama ada menerima atau memberi rasuah?

Dan apakah ini tidak menyebabkan Hadi wajib untuk mengistiharkan harta sebagaimana ‘fatwa’ yang beliau sendiri keluarkan?

Atau fatwa Hadi hanya terpakai kepada orang lain tetapi tidak pada dirinya sendiri?



 

Hadi Awang: Isytihar Harta Satu Kebodohan!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker