Rakyat Perlukan Perhatian Pemimpin Bukan Sekadar Mangkuk Tingkat

Rakyat Perlukan Perhatian Pemimpin Bukan Sekadar Mangkuk Tingkat

Rakyat sekarang sudah terlalu bijak untuk digula-gulakan dengan material oleh ahli politik.

Mereka sudah sedar, satu undi dari mereka boleh menentukan masa depan karier politik seseorang pemimpin.



Dalam musim pilihanraya, rakyat sedar, satu undi dari mereka mempunyai nilai yang sangat tinggi.

Ahli politik yang hanya sekadar beretorik dan gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan, pasti akan ditolak.

Sebelum memberikan undi, rakyat mahu tahu, apa jaminan masa hadapan mereka yang mampu dijanjikan oleh pemimpin.

Rakyat sudah serik ditipu dengan segala janji-janji manis bulan bintang ahli politik.



Selepas mendapat undi, ahli politik yang menang, bergaya dengan kehidupan mewah, ke sana ke sini dengan berkenderaan mewah.

Tetapi kehidupan rakyat ditinggalkan begitu sahaja ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Segala bantuan dan pembangunan yang pernah dijanjikan oleh pemimpin sebelum ini hilang ibarat angin yang berlalu.



Rakyat mahukan parti yang betul-betul komited dan pemimpin yang kompeten untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Musim janji manis sudah berlalu dan musim memberi mangkuk tingkat sudah tidak lagi relevan di hati rakyat.

 

Rakyat Perlukan Perhatian Pemimpin Bukan Sekadar Mangkuk Tingkat

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button