Kesalahan Mahathir jadi PM 22 bulan adalah kesalahan Anwar juga.

Sudah beberapa kali Anwar Ibrahim cuba mencuci tangan dengan menyatakan kerajaan penjahanam 22 bulan itu tiada kaitan dengan nya kerana ia dipimpin oleh Mahathir.

Pada satu sidang soal jawab bersama para hadirin , Anwar Ibrahim dengan mudah menempelak persoalan yang dibangkitkan oleh seorang dengan menyatakan kesalahan dan kesilapan kerajaan pimpinan Mahathir tidak boleh disalahkan terhadap diri nya.

“Itu Mahathir, bukan saya” kata Anwar.



Begitu mudah sahaja Anwar mencuci tangan.

Pada hakikatnya kerusi PKR parti Anwar mendominasi Pakatan Harapan dengan jumlah 47 kerusi berbanding Mahathir yang hanya mendapat 13 kerusi menang dan 12 kerusi curi dari UMNO.

Jika dengan jumlah kerusi terbanyak pun Anwar tidak dapat mengawal Mahathir apakah Anwar layak menjadi Perdana Menteri?



Anwar juga gagal menegur Mahathir menjual banyak aset dan menambah hutang baru.

Apakah Aawar mahu mengaku bahawa dia telah gagal memantau kerajaan PH sendiri?

Tambah lagi isteri Anwar sendiri menjadi Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Mahathir.



Anwar juga akui Mahathir telah menyusahkan Pakatan Harapan dengan tindak tanduk nya.

Jawapan Anwar sendiri seolah olah mahu lepas tanggungjawab dan betapa tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.

Jika PKR tidak beri laluan kepada Mahathir semua carca marba dan huru hara kepada negara tidak akan berlaku.



Kini , akibat terlalu buruk kesan dibawa kerajaan 22 bulan pimpinan Mahathir , maka semua terkait cuba larikan diri dan bersembunyi dibelakang logo berlainan untuk menghadapi rakyat pada PRU15.

Mahathir sembunyi dibelakang PEJUANG dan GTA , Muhiyiddin pula bersembunyi dibelakang Perikatan Nasional berselimutkan Parti PAS.

Rakyat harus peka kepada kesilapan PKR dan kelemahan Anwar takut menegur Mahathir, dan harus tolak GTA, PH dan PN kerana mereka lah yang menyusahkan rakyat Ketika kerajaan PH mentadbir negara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button