Syed Saddiq bakal kalah di Muar

Saddiq selangkah ke Kajang

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Syed Saddiq bakal kalah di Muar

Syed Saddiq dijangka akan kalah di kerusi Parlimen Muar pada 19 November ini.



Presiden MUDA itu kelihatan agak lesu semasa kempen berlangsung berikutan kes Mahkamah yang dihadapinya.

Walaupun pada awal kempen ada percubaan sabotaj siri ceramah MUDA, ternyata ia hanya drama yang dilakukan untuk meraih simpati.

Syed Saddiq

Walaupun MUDA bersama Pakatan Harapan dalam PRU15, tidak nampak sokongan penuh diberikan pemimpin tertinggi PH kepada Syed Saddiq.



Ini menimbulkan spekulasi beliau dan MUDA sebenarnya hanya sekadar ‘menumpang’ populariti PH dan tidak mampu berdiri sendiri atas kemampuan parti.

Saddiq yang banyak menggunakan platform media sosial untuk berkempen, tontonan pengundi hanyalah sekadar suka-suka dan bukanlah pengundi Muar.

Walaupun menang pada PRU14, khidmat Saddiq di Muar tidaklah cemerlang sebagaimana digembar-gemburkan.

Syed Saddiq



Beliau hanya berharap kepada penaja untuk memastikan bantuan bantuan seperti komputer riba dapat diberikan kepada orang Muar.

Agak mengejutkan bila Saddiq mengisytiharkan aset beliau mencecah jutaan ringgit walau baru 22 bulan menjadi Menteri semasa PH memerintah.

Persoalannya, bagaimana beliau mampu mempunyai aset sebanyak itu jika sering mengungkit gajinya dihabiskan untuk memberi bantuan kepada pengundi Muar?

Kini, Saddiq berada dalam dilemma sekiranya kalah kerusi Muar. Sudah pasti karier beliau dalam politik akan suram dan kedudukannya sebagai Presiden MUDA akan terjejas.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button