Mahkamah benar tuntutan ganti rugi mangsa kemalangan RM400,000

Mahkamah benar tuntutan ganti rugi mangsa kemalangan RM400,000

Mahkamah benar tuntutan ganti rugi mangsa kemalangan RM400,000
Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Setiu semalam, membenarkan ganti rugi hampir RM400,000 dibayar kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan di Terengganu enam tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Ahmad Fadhli Mahmud, selepas Mohd Amirudin Abd Aziz menuntut ganti rugi kerana mendakwa kecuaian pemandu kereta, Mohd Suhaimizan Mohamad, masuk ke laluan motosikalnya dari arah bertentangan hingga menyebabkan kemalangan.

Ganti rugi am dan khas kepada Mohd Amirudin masing-masing dibenarkan pada jumlah RM298,980 dan RM100,356.66.



Ganti rugi am merangkumi RM127,980 kerana mangsa kini hanya mampu membuat kerja ringan untuk menjana pendapatan, RM20,000 (parut) dan RM10,000 (pembedahan pada masa depan), manakala ganti rugi khas pula termasuk RM35,166.66 (kos rawatan susulan keluar wad dan pada masa depan), RM9,999 (kehilangan pendapatan) dan RM45,760 (kos membeli pendakap lutut).

Ahmad Fadhli berkata, kos tindakan yang dibenarkan dalam kes terbabit adalah wajar dan adil mengikut undang-undang.

Tuntutan ganti rugi itu termasuk kepada pemilik kenderaan terbabit iaitu Affendi Mohamad.

Kemalangan itu berlaku di Kampung Telaga Papan, Setiu, Terengganu, pada jam 11.25 malam 24 Jun 2017, turut membabitkan empat lagi penunggang motosikal yang juga rakan Mohd Amirudin.



Dalam kejadian itu, Amir Salleh, Mohd Hanafiah Shapi @ Shapie dan Zulhelmi Mohmad Zaini maut, manakala Mohamad Zabidi Amaluddin dilaporkan cedera.

Mahkamah benar tuntutan ganti rugi mangsa kemalangan RM400,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker