Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia

Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia

Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia

Selama lebih dari 7 dekad bergelumang dalam politik, usaha Dr Mahathir memecahbelahkan kuasa orang politik tidak pernah berhenti.

Penulis yakin, usaha itu hanya akan beliau hentikan, selepas beliau bertemu dengan malaikat maut.

Selagi beliau bernafas, maka selagi itulah pelbagai cara akan beliau gunakan untuk menjayakan misi beliau.



Dahulu kuasa politik orang Melayu begitu kukuh dan hanya bernaung di bawah parti UMNO.

Tetapi kini Dr Mahathir berjaya menjadikan kuasa politik orang Melayu kini menjadi sangat lemah.

UMNO pada peringkat awal telah berpecah dengan sebahagiannya telah meninggalkan UMNO dan menubuhkan PAS.

Kemudian, Dr Mahathir lemahkan lagi kuasa politik orang Melayu dengan pertikaian antara beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah.



Tengku Razaleigh Hamzah telah meninggalkan UMNO bersama penyokong beliau dan menubuhkan Perti Melayu Semangat 46.

Berlaku pula perseteruan antara Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim.

Ini telah menyebabkan Anwar bersama penyokong beliau meninggalkan UMNO untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr Mahathir terus merobek kekuatan politik Melayu dengan menubuhkan PPBM.



Ketika itu berlaku perselisihan dengan DS Najib Razak yang menjadi presiden UMNO.

Malah, di dalam parti PPBM yang beliau sendiri asaskan, beliau pecahkan lagi kuasa politik orang Melayu.

Beliau tubuhkan Pejuang selepas bergaduh dengan Muhyiddin Yasin.

Bila tidak ada persefahaman dengan kepimpinan Pejuang, sekali lagi beliau pecahkan kuasa politik orang Melayu dengan menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA).



Dari hanya mempunyai satu parti politik, orang Melayu telah berpecah kepada 7 parti politik.

UMNO, PAS, Semangat 46, PKR, PPBM, Pejuang dan GTA.

Cubaan Memecahbelahkan Negara

Kini selepas berjaya memecahbelahkan kuasa politik orang Melayu, Dr Mahathir cuba pula untuk memecahbelahkan kekuatan negara.

Beliau telah dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan negeri Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.



Keempat-empat negeri tersebut dikuasai oleh PAS yang menjadi pembangkang di kerajaan pusat.

Apa keperluan untuk melantik seorang politikus tua seperti Dr Mahathir sebagai penasihat kepada 4 kerajaan negeri?

PAS mempunyai lebih dari 2/3 kerusi DUN di kempat-enpat negeri tersebut.

Dalam artikata lain, atas nasihat Dr Mahathir, PAS boleh meminda apa juga perlembagaan yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.



Apa motif sebenar Dr Mahathir yang mahu supaya beliau dilantik sebagai penasihat kepada 4 kerajaan negeri tersebut?

Apakah Dr Mahathir mahu mewujudkan dasar pemerintahan yang berbeza dari kerajaan pusat di negeri-negeri tersebut?

Mungkinkah Dr Mahathir cuba memisahkan ke empat-empat negeri tersebut dari kerajaan pusat?

 

Selepas Pecahkan Melayu, Sekarang Mahathir Mahu Pecahkan Malaysia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button